Mereka Menyayangi Kucing

28 Januari 2011 7:57 PG

Kebaikan Membela Kucing Kepada Manusia


Mungkin kita semua tidak menyedari banyak faedah yang dapat diperolehi dengan membela dan menyayangi kucing. Jom kita sama-sama review manfaat membela kucing terhadap manusia.

1. Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung
Sebuah kajian dari University of Minnesota mendapati bahawa mereka yang tidak mempunyai kucing adalah antara 30 dan 40 peratus lebih tinggi untuk meninggal akibat penyakit yang melibatkan sistem kardiovaskular  daripada mereka yang mempunyai  kucing.  Risiko untuk seorang pemilik kucing mati akibat serangan jantung juga adalah sangat rendah

2. Meningkatkan fungsi  sistem imun (Daya Tahan Penyakit)
Membela  kucing dapat membantu meningkatkan fungsi kekebalan tubuh anda. Hubungan antara kucing dan pemilik kucing dapat meningkatkan  sistem kekebalan tubuh seseorang pemilik kucing.

3. Mencegah Alergi
Jika anda akan mempunyai bayi, mungkin anda patut mempertimbangkan untuk membela kucing .  Membela kucing dapat membantu anda mencegah alergi pada anak anda. Ada beberapa kajian yang baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan alahan  berkembang.

4. Membantu mencegah asma pada anak
Selain membantu untuk mencegah alergi berkembang terhadap anak anda, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mencegah asma pada anak-anak. Memiliki kucing pada usia awal anak anda dapat membantu mereka untuk mengelakkan risiko menghidap asma. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

5. Mengurangkan Tekanan Darah
Percayakah anda dengan hanya dengan mengusap-ngusap  kucing dapat membantu  menurunkan tekanan darah. Mereka yang mempunyai haiwan kesayangan, menurut State University of New York di Buffalo kajian, lebih cenderung memiliki tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

6. Menurunkan Kolestrol
Berdasarkan kajian  pemilik kucing memiliki kolestrol lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai kucing sendiri. Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

7. Mengurangkan risiko Mendapat Stroke
Prospek mempunyai stroke adalah menakutkan. Jika anda prihatin tentang mengalami serangan stroke, anda boleh mempertimbangkan untuk membela kucing. Memiliki kucing dapat mengurangkan risiko stroke. Sebuah kajian di Universiti Minnesota mendapati bahawa pemilik kucing dapat mengurangkan risiko mendapat stroke.

8. Mengurangkan stress (tekanan perasaan) dan rasa cemas
Memiliki kucing boleh membantu mengurangkan stress dalam hidup anda. Banyak manfaat psikologi jika kita membela kucing, dan salah satunya adalah menghilangkan stress. Dengan menjaga  binatang atau berbicara dengan kucing anda, boleh membantu anda merasa lebih tenang dan mengurangkan tahap stres. Kehadiran seekor kucing bersama anda dapat membantu anda menenangkan diri anda kerana anda menikmati cinta tanpa syarat dari seekor kucing.

9. Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool”
Dalam banyak kes, berinteraksi dengan haiwan kesayangan boleh membantu memperbaiki mood anda. Ini termasuk kucing. Memiliki kucing dapat membantu anda merasa lebih baik secara umum, dan meningkatkan mood anda.

10. Dapat membantu pesakit-pesakit Autis
Mereka dengan autisme mempunyai kesulitan berkomunikasi dalam cara yang sama seperti orang lain. Memiliki kucing benar-benar dapat membantu dalam kes ini. Ada kejadian di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis.

11. Mengurangkan Kesepian
Hubungan persahabatan antara manusia dan kucing dapat membantu mereka yang kesepian. Hanya dengan memiliki kucing di rumah dan menghabiskan masa bersama boleh membantu mengurangkan rasa sunyi.

Artikel diterjemah dan diolah dari: http://mritechnicianschools.net
Picture: Facebok KSK

17 Januari 2011 5:45 PTG

Si Gemok Yang Comel

Lihatlah telatah Si Gemok yang sempat dirakam oleh tuannya, cik ayie. Sungguh pandai si Gemok ni posing depan camera ye. Macam supermodel antarabangsa pulak.

Renungan yang meminta simpati

Mengenang kisah silam

Poyo jer

Gambar ini diambil dari group Facebook Kami Sayang Kucing

15 Januari 2011 6:35 PG

Aksi Terlampau

Kali ni, nak share beberapa aksi terlampau yang dilakukan oleh beberapa ekor kucing yang terdapat di dalam group facebook kami sayang kucing.






Kalau nak tengok lagi aksi-aksi menarik, jemput singgah di Facebook Kami Sayang Kucing !!

12 Januari 2011 8:28 PTG

Kucing Jadi Mangsa Bunuh

Kucing pernah menjadi mangsa gerakan anti-Katolik suatu masa dahulu

Pada awal kurun Masihi masyarakat Kristian tidak gemar pada kucing. Walaupun pada awal zaman pertengahan (kurun ke 6 - 7 Masihi) kucing telah mendapat tempat yang agak istimewa dan disayangi. Keadaan ini tidak kekal lama kerana pada akhir zaman pertengahan (kira-kira kurun ke 14-15 Masihi) kucing amat dibenci dan dipandang hina sekali dan dibunuh dengan kejam akibat pandangan agama yang berlainan. Di dalam satu ukiran yang bertarikh 1554 M  telah menggambarkan seekor kucing yang berpakaian seperti seorang paderi digantung di London sebagai tanda gerakan anti-Katolik.

Lagi pula, pada ketika itu kucing mempunyai hubungkait yang rapat dengan syaitan dan juga bomoh-bomoh, dan ini juga menyebabkan kenapa kucing-kucing dibunuh dengan begitu kejam sekali pada masa itu. Perubahan di kalangan masyarakat terhadap haiwan kucing ini amat ketara di awal kurun 17 tahun Masihi.

Source: The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara

11 Januari 2011 3:31 PTG

Kucing Jawa Boleh Bercakap Mama

KUCING bernama Keting ini didakwa boleh bercakap beberapa patah perkataan
JAKARTA - Seekor kucing betina peliharaan seorang wanita berusia 21 tahun yang hanya dikenali sebagai Claudia di Dusun Krajan, Jawa Timur, boleh mengungkapkan perkataan mama, mami, mamia dan nombor satu sehingga sepuluh, lapor sebuah akhbar semalam.
Kucing berusia satu setengah tahun itu diajar oleh Claudia untuk mengungkapkan perkataan itu sejak haiwan tersebut masih kecil. "Bisa (boleh) berhitung satu sampai sepuluh bahkan bisa diajak bicara," kata Claudia kepada akhbardetikSurabaya.com semalam.
Menurutnya, kucing yang bernama Keting itu memahami arahan dan pertanyaan daripadanya."Bisa bilang (bercakap) mama, mami, mamia dan banyak yang lain juga," tambahnya. Ibu kucing itu telah mati manakala proses latihan bercakap itu dilakukan oleh Claudia dan anggota keluarganya yang lain secara berterusan. Dia turut mengajar lima kucing lain untuk bercakap tetapi hanya Keting sahaja yang memiliki kecerdasan luar biasa dengan memahami dan menuturkan perkataan itu.
Sebelum ini, pada Jun tahun lalu heboh diperkatakan penduduk mengenai seekor kucing Parsi jantan putih berusia dua tahun milik Anggita Rizki Ayu di Bandung, Jawa Timur yang boleh mengungkapkan perkataan yang berbunyi seperti enggak yang bermaksud tidak dalam bahasa Melayu. - Agensi
source: kosmoonline

09 Januari 2011 7:56 PG

Kucing Membongkok Ketika Bergaduh

Aksi Seekor Kucing Ketika Bergaduh

Sekiranya kucing merasa diancam oleh anjing besar, dia akan menarikkan badannya dengan menegangkan kakinya dan dalam masa yang sama membongkokkan badannya seperti bentuk ‘U’ terbalik. la berbuat demikian dengan tujuan untuk menjadikan badannya sebesar mana yang mungkin sebagai satu helah untuk menyakinkan anjing tersebut bahawa dia sedang berhadapan dengan musuh yang hebat.

Badan Kucing Yang Berbentuk 'U' terbalik

Di sebalik "persembahan transformasi" ini terdapat satu hakikat bahawa apabila seseekor kucing itu menegangkan kaki dan membongkokkan badannya dalam masa yang sama bulunya juga akan naik meremang dan kelihatan berdiri menghala ke sisi anjing. Kesemua elemen ini akan menjadikan badannya kelihatan membesar ke tahap maksima.

Semasa berkeadaan demikian, kucing tersebut mendengkus hebat seperti desiran ular. Bunyi dengkusan ini akan bertukar kepada menderam apabila ianya terpaksa menyerang. Apabila membuat serangan lerhadap anjing tersebut, dia akan menyerang dengan kepintaran yang menakjubkan. Kucing yang berpengalaman akan dapat mempelajari bahawa cara yang terbaik apabila berhadapan dengan anjing yang bermusuhan ialah dengan menyerangnya kembali dan bukannya cabut lari.

source: 
The Cat Museum
Dewan Bandaraya Kuching Utara

06 Januari 2011 8:47 PTG

Orang Mesir Purba Sayang Kucing

Kucing sphynx yang begitu sinonim dengan masyarakat  Mesir

Kucing dipercayai mula dijinakkan oleh masyarakat Mesir Purba kira-kira 3,000 SM. Pada ketika itu, Mesir adalah sebuah negara pengeluar bijirin yang terbesar dan kucing telah dapat mengawal bilangan dan serangan tikus ke atas bijirin tersebut yang disimpan di dalam gudang. Sumbangan kucing ini telah meletakkannya sebagai haiwan yang amat disayangi dan dihormati oleh masyarakat Mesir kuno. Herodotus (450 SM) pernah menulis, "Jika sesebuah rumah itu terbakar, barang pertama yang perlu diselamatkan adalah kucing".

Kematian kucing peliharaan keluarga adalah satu pengalaman yang amat menyiksa bagi seluruh keluarga. Mereka akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung, sehinggalah bulu kening itu timbul semula. Masyarakat Mesir Purba juga menyimpan kucing-kucing di kuil dan menganggapnya sebagai suci. Mereka akan memuja dan memberi persembahan kepada kucing-kucing tersebut. Jika kucing yang tinggal di kuil itu mati, maka seluruh bandar tersebut berkabung dan akan disertai dengan upacara pengkebumian yang besar dan diberi penghormatan sewajarnya. Kadangkala ia disimpan sebagai mummy. Pada pertengahan abad ke 19 sebanyak 300,000 mummy kucing seberat kira-kira 20 tan telah ditemui di Beni Hassan, Mesir.

Pada Zaman Purba, sesiapayang menemui kucing yang mati di jalanan terus menangis sekuat-kuatnya dan menepuk-nepuk dada sebagai tanda penyesalan, takut-takut dikata bertanggungjawab di atas kematian kucing tersebut, kerana pada masa itu sesiapa yang didapati bersalah membunuh kucing akan juga dihukum bunuh. Pada awal 3,000 SM masyarakat purba Mesir telah pun mempunyai dewi kucing dikenali sebagai Bastet yang melambangkan keibuan, kesuburan, pelindung tanaman dan pemberi hujan.

source: 
The Cat Museum,
Dewan Bandaraya Kuching Utara

04 Januari 2011 6:57 PTG

Kucing Main Video Games Guna Tablet iPad

Seekor kucing bermain dengan permainan video komputer tablet iPad baru-baru ini



LOS ANGELES - Sebuah syarikat mencipta permainan untuk kucing di komputer tablet iPad, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu video promosi permainan itu menunjukkan haiwan tersebut seolah-olah 'terpukau' dengan imej tikus yang muncul di skrin iPad. Kucing itu cuba untuk menangkap tikus yang terdapat dalam permainan tersebut.
Selain tikus, aplikasi permainan itu turut mengandungi satu cahaya laser yang menarik minat haiwan tersebut untuk menangkapnya.
Menurut akhbar metro.co.uk, permainan itu boleh didapati secara percuma di iTunes Store keluaran Apple. - Agensi
source : kosmo online

03 Januari 2011 6:16 PTG

Kucing Paling Tua di Britain Berumur 24 Tahun

Blackie dipercayai kucing paling tua di Britain

LONDON - Pada usia mencecah 24 tahun, seekor kucing yang diberi nama Blackie dilihat masih kuat dan menjadi calon utama untuk gelaran kucing paling tua di Britain, lapor sebuah akhbar kelmarin. "Saya memeliharanya sejak ia berusia hanya beberapa minggu. Ketika itu saya berumur 25 tahun. Ia mempunyai satu bintik hitam di bahagian kepalanya," kata pemilik Blackie, Quentin Shaw, 49.
Blackie kini tidak lagi mampu menangkap tikus dan matanya tidak dapat melihat jika ia berada dalam bilik gelap bakal menyambut ulang tahun ke-24 pada Januari depan, usianya bersamaan dengan 118 tahun umur manusia. Blackie tinggal bersama keluarga Shaw, di Thurnby, Leicestershire. "Saya fikir apabila haiwan menerima kasih sayang, mereka akan hidup lebih lama," kata Kim Lanham yang merupakan tunang Shaw.
Seorang pegawai dari Guinness Book of Records, Damian Field berkata: "Buat masa sekarang, tidak ada pemegang gelaran kucing paling tua di Britain. Jadi, kami amat berminat untuk mendengar sesuatu daripada pemilik Blackie."Kucing paling tua terakhir ialah Hestia yang mati pada September lalu di Cheshire pada usia 21 tahun dan 11 bulan. - Agensi
source: kosmo online

3:18 PG

Orang Cina Suka Kucing Tak?


Kucing  dalam bahasa Cina kucing dipanggil 'mao' yang dimaksudkan kepada binatang yang menangkap tikus dalam bijirin. Perkataan 'mao' secara fonetiknya ditiru dari bunyi 'mengiaw'.

Peranan kucing dalam rumah orang Cina tidak begitu ketara sebagaimana yang terdapat dalam rumah orang Melayu. lanya juga tidak termasuk dalam senarai enam jenis binatang peliharaan iaitu kuda, biri-biri, babi hutan, lembu jantan, ayam jantan dan anjing. Kucing juga tidak termasuk dalam simbol "Twelve Terrestrial Branches" dan ini menjelaskan lagi peranannya yang kurang penting. Namun demikian lukisan-lukisan yang menggambarkan kucing bersama kupu-kupu merupakan tema penting, melambangkan lanjut usia.

 Masyarakat Cina percaya kedatangan seseekor kucing asing ke tempat kediaman seseorang dikatakan memberi alamat tidak baik dan "sebagai pertanda kemunculan kemiskinan”. Sekiranya seseekor kucing itu dicuri juga menandakan sesuatu yang kurang baik. Jika kelihatan seekor kucing membasuh mukanya menandakan kedatangan orang asing.

Industri sutera memuliakan kucing sebagai pelindung ulat sutera kerana tikus merupakan pengancam kepada kepompong ulat. Hanya dengan meletakkan gambar seekor kucing, adalah dipercayai sudah memadai untuk menghindarkan musuh-musuh ulat sutera.

Source:
The Cat Museum
Dewan Bandaraya Kuching Utara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view