Mereka Menyayangi Kucing

20 Mac 2011 12:12 PG

Ekspresi Muka Dan Bahasa Tubuh Kucing

Views

Ekspresi muka dan bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam komunikasi haiwan comel ini. Mata hitam yang membesar menandakan ia dirangsang,samaada oleh perasaan marah, takut dan juga gembira. Renungan yang berterusan dengan mata hitam yang besar menandakan ia sedang mencabar lawannya atau bersedia untuk bergaduh. Renungan berterusan tetapi dengan mata hitam mengecil dan mata separuh terbuka
menandakan kucing anda sedang berasa selesa dan tenang. 

 Posisi telinga yang menghala ke belakang menandakan ia ketakutan dan juga tanda mempertahankan diri. Telinga yang menghala ke hadapan atau tegak menandakan ia yakin dan berani. Telinga yang menghala ke atas bermakna ia dalam keadaan ingin tahu. 

Kucing yang sedang bergaduh akan mengembangkan bulu dan membengkokkan belakang agar ia kelihatan lebih besar dari lawannya. Kucing yang menyerah kalah biasanya akan mengecilkan dirinya dengan berbaring dengan bahagian perut terdedah kepada lawan. Kucing yang berbaring dan membenarkan anda menggosok perutnya menandakan ia sangat percaya kepada anda, kerana perut adalah bahagian yang paling sensitif bagi kucing.

source:
Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok 
(DVM, UPM Serdang)
Institut Veterinar Malaysia, Kluang

3 Comments On "Ekspresi Muka Dan Bahasa Tubuh Kucing"

20 Mac 2011 pada 5:38 PTG

Salam, Rafhan...Info yg sgt berguna. Semuga Rafhan suksess selalu, aminn..

nurmisnan Says:
21 Mac 2011 pada 12:34 PG

oh dear.. how cute kucing2 tuh
baring terlentang.. comeyyyy

18 Mei 2015 pada 11:44 PTG

kalau kucing anda biasa bergaduh cuba tengok tanda-tanda ni

1.Kucing yang sedang bergaduh akan mengembangkan bulu dan membengkokkan belakang agar ia kelihatan lebih besar dari lawannya.

2.Kucing yang menyerah kalah biasanya akan mengecilkan dirinya dengan berbaring dengan bahagian perut terdedah kepada lawan.

3.Kucing yang berbaring dan membenarkan anda menggosok perutnya menandakan ia sangat percaya kepada anda, kerana perut adalah bahagian yang paling sensitif bagi kucing.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view