Kling-kling, loceng berbunyi. Itu bunyi biasa yang akan aku dengar setiap kali aku berada di halaman rumah. Bunyi itu sebenarnya datangnya dari loceng kucing yang dipakai oleh Lola. Lola adalah kucing yang dibela oleh jiran di hadapan rumah aku (Cikgu Azmi). Menurut cerita tuannya, Lola dijumpai di sebuah kedai makan. Kerana kasihankan Lola, Cikgu Azmi telah membawa Lola pulang ke rumah. Apa yang menariknya, ketika Lola dijumpai, rantai berloceng berwarna merah yang dipakai oleh Lola memang sudah tersemat dilehernya. Ini menunjukkan Lola memang sudah mempunyai tuan sebelum ini. Mungkin Lola tersesat ketika merayau-rayau. (Tapi mustahil kucing boleh sesat kan).
Lola ni jarang ada kawan. Bila aku buat kerja kat halaman rumah, mesti dia datang tengok aku buat kerja.
Lola ni kalau posing, memang susah nak pandang kamera. Jual mahal la katakan.
Buat ape tu Lola?
Rantai warna merah memang sesuai dengan Lola
Menyorok pulak die
Ni sibuk jer tengok orang baru beli pokok baru. Nak tolong tanam ke?
5 Comments On "Kucing Berloceng Yang Baik Hati"
ta pon Lola tak suke tuan dye yg dulu. so dia lari. hehehee =P
comey nye kucing tuh :)
kucing yang busybody . HAHA . comel :)
comelll.. idung sememeh..
comelnyaaa!!
Catat Ulasan