HEZLIN di samping kucing Bengal peliharaannya
Pernah dengar nama Ummu Kittun? Sebenarnya Ummu Kittun adalah gelaran bagi seorang wanita berpurdah yang bernama Hezlin. Hezlin, 30-an, yang senang digelar Ummu Kittun (ibu kucing) itu memelihara kucing Bengal sejak enam tahun lalu.“Saya suka harimau. Nak bela harimau tidak boleh, jadi saya belalah benda yang menyerupai harimau tapi manja. Tiada apa yang perlu ditakutkan, kucing takkan jadi harimau!” ujarnya bernada jenaka ketika ditemui Jurnal di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Dia bermula dengan membela tiga pasang kucing Bengal yang dibeli dari Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Kini, dia juga merupakan pembiak (breeder) kucing Bengal Menurut wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang ini, kucing Bengal ialah kacukan antara kucing hutan atau Asian Leopard Cat (ALC) dengan kucing domestik (di luar negara) dan ada antaranya telah mencapai lima generasi.
HEZLIN menunjukkan buku rekod kesihatan kucing-kucingnya.
Hezlin yang juga merupakan pemilik kucing yang berdaftar dengan Pertubuhan Kucing Antarabangsa (TICA) akan memastikan kesihatan kucingnya diselia setiap minggu oleh doktor haiwan, Dr. Palanisamy Karuppanan bersama pegawai Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.
Beliau meminati kucing Bengal disebabkan corak-corak yang ada pada badan haiwan itu selain mudah diurus kerana bulunya pendek. Hezlin yang merupakan peniaga kain secara dalam talian mengakui, dia lebih pentingkan kucing-kucingnya daripada dirinya sendiri. Banyak wang dilaburkan untuk kucing-kucing itu tapi dia memilih untuk merahsiakan angkanya.
SEBANYAK 50 ekor kucing Bengal ditempatkan di sebuah rumah kaca di luar kediaman Hezlin di Kota Bharu, Kelantan.
Hezlin juga mempunyai rumah kaca yang dinamakan Kittunkatz Bengals Cattery. Ia lengkap dengan sistem pendingin hawa lima kuasa kuda, kipas serta sistem pencahayaan. Makanan kucing dipastikan yang terbaik. Dia juga mengupah seorang pembantu Indonesia yang kerjanya hanya menjaga kucing-kucingnya.
Ditanya apa yang hendak dilakukannya dengan kucing-kucing itu setelah ia semakin membesar, kata Hezlin, dia akan menjaganya sampai akhir hayat haiwan itu. Tetapi dia tidak menolak untuk menjualnya jika menemui pembeli yang benar-benar diyakini mampu menjaga haiwan tersebut.
source: Kosmoonline
p/s: Bagusnye perempuan yang sayang kucing nie.. :)
6 Comments On "Ummu Kittun Si Pecinta Kucing"
bagusnya dye..
:))
sukanya tgk org macam ni..harap harap ramai org macam ni wujud kat Malaysia ni :)
Saya juga suka memelihara kucing. sangat menghibur.
Cik, nak tanya pendapat, saya ada beli kucing parsi baru-baru ni, tapi masalah timbul apabila, kucing yg lama (american short hair) tak boleh terima lah, dia tak merajuk tapi garang sangat, macam mana nak handle eh? bagi idea plzzzzzzzz
wow..suka tengok orang yang serius sayang kucing. teringat kisah abu hurairah yang di gelar bapa kucing. kucing bengal ni antara salah satu kucing yang menjadi pilihan pemilik kucing di sebabkan coraknya. di kelantan ada seorang pemuda yang bela 30 ekor kucing bengal dan perbelanjaan hampir RM 3000 Sebulan
orang kaya rupanya..kenapa tak tunjuk kisah bilioner bela kucing ratus ribu je..pastu letak tajuk pencinta kucing..pecinta dengan peminat kucing lain
Catat Ulasan