Mereka Menyayangi Kucing

17 Ogos 2011 1:12 PG

Bahasa Tubuh Kucing

Views

Kucing merupakan haiwan yang sosial dan boleh menjalin hubungan istimewa dengan manusia dan haiwan lain. Bagaimanapun bukan semua kucing suka dipeluk dan diriba oleh itu sebelum anda memelihara kucing, hendaklah anda menyelidik baka yang sesuai bagi anda agar anda tidak kecewa di kemudian hari. Sesetengah baka seperti kucing Siam adalah amat manja manakala baka seperti British Shorthair dan Maine Coon tidak suka didukung dan diriba. Anda juga tidak digalakkanterlalu memanjakan kucing anda melainkan anda pasti anda akan sentiasa berada bersamanya. Ini adalah kerana, kucing yang terlalu manja akan menjadi tertekan dan mungkin jatuh sakit jika anda terpaksa berjauhan kerana urusan kerja atau melancong.Ia jugaakan mendatangkan masalah apabila kucing tersebut sakit dan terpaksa dirawat di klinik atau hospital veterinar selama beberapa tempoh waktu di mana anda mungkin tidak dapat melawatnya setiap hari. Sifat atau perangai kucing ini juga boleh berubah apabila umurnya meningkat tua.

Sesetengahkucing langsung tidak mahu disentuh atau diriba oleh sesiapapun. Ada pula sesetengah kucing yang hanya membiarkan orang tertentu menyentuh dan mendukungnya. Ini mungkin boleh dikaitkan dengan pengenalan peringkat awal kucing ini kepada manusia di mana mungkin terdapat pemilik kucing yang kasar, diganggu kanak – kanak yang nakal dan juga trauma akibat kekangan yang tidak betul yang menyebabkan kesakitan kepada kucing tersebut. Untuk membantu membentuk sifat sosial yang bagus pada kucing, pengendalian yang kerap dan lembut hendaklahdiaplikasikanseawal umur 2 – 7 minggu. Jangan selalu menjerit kepada anak kucing atau mengejarnya tanpa sebab kerana ini akan menakutkannya dan jangan mendukungnyasecarapaksa. Sentiasa berkomunikasi dengan tenang dan lembut sehingga ia berasa yakin dan tenang untuk membenarkan anda menyentuh atau mendukungnya.




Gembira dan selesa
1) Badan dalam keadaan relaks
2) Renungan berterusan
3) Ekor dalam keadaan relaks
4) Mata separuh terbuka
5) Dalam keadaan duduk yang selesa/rehat
6) Telinga sentiasa dalam keadaan
awas (menghala ke atas).


Berbaring dengan perut terdedah ke arah anda bermakna kucing tersebut amat selesa dan yakin dengan anda.

source:
Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok 
(DVM, UPM Serdang)
Institut Veterinar Malaysia, Kluang

3 Comments On "Bahasa Tubuh Kucing"

Unknown Says:
17 Ogos 2011 pada 8:50 PTG

itulah my Mr Poposh manja sgt...dah tak rasa macam kucing...macam manusia pun yer..

HUD AIKARA Says:
18 Ogos 2011 pada 1:16 PG

kucing saya pulak dah manja sangat sampai ketagih nak berdukung! kalau tak nak dukung dia, dia akan panjat bahu saya secara paksa!hehehe..

18 Mei 2015 pada 8:50 PTG

kucing juga tak berapa suka gangguan bila dia tengah makan. kita pulak suka belai kucing,gosok-gosok kepala kucing masa dia tengah makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view