Mereka Menyayangi Kucing

05 Ogos 2011 9:11 PTG

Pulau Kucing Di Jepun

Views



Di sebalik populariti Kampung Tashiro sebagai Pulau Kucing, kebanyakan warga pulau ini yang sudah lanjut usia mengharapkan perkara lain iaitu keda­tangan warga baru. Dihuni oleh kira-kira 100 orang yang purata usia mereka 70 tahun ke atas, komuniti Tashiro berharap kucing-kucing dapat menjadi magnet yang menarik pelancong sekaligus menambah jumlah penghuni desa.



Tashiro tidak didiami seekor anjing pun. Selain itu, pemandangan yang biasa dilihat di kota-kota moden Je-pun tiada di sini. Tiada pasar raya atau lampu trafik. Populasinya telah menurun 10 kali ganda sejak tahun 1960 kerana ba-nyak warga berpindah ke bandar lain. Namun beberapa tahun lalu, Tas­hiro mula terkenal sebagai Pulau Kucing. Pada masa itu, sebuah stesen televisyen membuat siaran langsung tentang Jack the Lop Ear, seekor kucing jantan berbelang hitam putih. Sekarang Jack adalah tarikan utama bandar itu. Gerak-gerinya yang cornel berbanding kucing lain menyebabkan popularitinya memuncak.
Jack bukan kucing pertama yang menjadi idola nasional di Jepun. Tahun lalu, seekor kucing bernama Tama diangkat sebagai 'ketua' stesen kereta api Kinokawa di wilayah Wakayama. Sebuah topi ketua stesen turut diberikan kepadanya. Kehadiran Ta-ma turut mengundang kedatangan pelancong ke pekan kecil itu.

Di Tashiro, para nelayan sering memberi ikan kepada beribu-ribu ekor kucing yang ada. Haiwan itu sangat mudah dilihat di pulau seluas 314 kilometer persegi yang terletak 20 kilometer dari pelabuhan Ishi-nomaki di utara Jepun itu.

Keindahan Pulau Tashiro

 Senibina Rumah Mengambil Bentuk Kepala Kucing di Pulau Tashiro

Source: Kosmo Ahad, melvister.com

6 Comments On "Pulau Kucing Di Jepun"

Hafirdaus Says:
5 Ogos 2011 pada 11:53 PTG

wah teringin nak pergi melawat jugak

McCat Says:
6 Ogos 2011 pada 12:30 PG

sukaaa.....nk masukkan tmpt ni list as tmpt idaman melancong

6 Ogos 2011 pada 12:32 PG

comel jer pulau kucing nie..alau dpat pegi mesti best...

Weeeeeyy! Says:
6 Ogos 2011 pada 6:27 PG

waaaah, terjaga kot kucing2 tu, montel2 dan omel2 belaka... bgus la pnduduk sane *O*

Unknown Says:
8 Ogos 2011 pada 8:40 PTG

bessnyer tingin nak pi...kucing jepun montel2 yer

18 Mei 2015 pada 8:54 PTG

satu lagi tempat yang dikenali sebagai pulau kucing ialah di PULAU Tashirojima di Jepun. amat dikenali sebagai Pulau Kucing oleh pencinta haiwan.

mengikut cerita penduduk tempatan, kehadiran awal kucing di kawasan itu adalah untuk memburu tikus di ladang-ladang sutera. Namun, selepas industri tersebut gulung tikar, ramai penduduk mula meninggalkan pulau berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view