Pernah tak korang nampak kucing makan rumput? Pernah terfikir tak sebab ape? Tidak dapat dipastikan secara saintifik kenapa kucing mempunyai tabiat menguyah rumput terpilih dan memuntahkannya semula. Bagaimanapun mengikut pengalaman pemelihara kucing, dengan mengunyah rumput-rumput terpilih dan memuntahkannya semula merupakan terapi semula jadi untuk kucing yang kecacingan, demam, sakit perut atau lebihan toksin dalam badan mereka.
Bahayanya membiarkan kucing peliharaan menguyah rumput liar ini adalah kerana dikhuatiri rumput tersebut dihinggapi parasit yang boleh mendatangkan kesan buruk pada perut kucing atau tekak kucing. Dibimbangi juga rumput liar tersebut telah dicemari dengan racun rumpai, kesannya kucing peliharaan anda akan keracunan dan seterusnya menyebabkan kematian.

Source: Buku Panduan Asas Memelihara Kucing by Rezan Tambi
4 Comments On "Kenapa Kucing Makan Rumput?"
kucing sy yg dah hilang [ernah makan rumput, tapi sikit jer dia makan..sbb mase tue merajuk dgn saya sbb tak bagi dia mkn ayam goreng...huhu..rindu kat dia..=(
Kucing suka ulam2 la tu
Baru tau kenapa kucing makan rumput, sekarang siap ada rumput organik supaya dapat kucing makan rumput yg bersih.
makan rumput ni dah jadi tabiat semulajadi kucing. sebelum ni tak ramaipun orang yang perasan pasalkucing suka makan rumput ni. kat kedai-kedai pet pun sekarang dah ada jualrumput tiruan
Catat Ulasan