Mereka Menyayangi Kucing

24 Februari 2013 5:28 PG

Cara Mengubati Masalah Kutu Pada Kucing


Adakah si comel anda mempunyai masalah kutu? Kutu telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit dan saluran dalam telinga kucing. Biasanya jenis Otodectes Cynotis dan Demodex Cati. Kutu ini hidup dengan memakan tisu kulit kucing. (sebab itu kucing menggaru!) Parasit akan merangkak jauh ke dalam telinga sicomel jika dibiarkan. Amat mudah berjangkit dengan binatang yang lain. Sekiranya tidak dirawat, kucing boleh dapat jangkitan telinga dan juga berkemungkinan akan pekak.

Tanda-tanda klinikal jangkitan kutu telinga

• kekerapan menggaru telinga;
• menggoyangkan kepala dengan kasar (violent head shaking);
• banyak tahi telinga yg mengering, berwarna kehitaman;
• Merah dan radang kulit berlaku di cuping telinga (bengkak)

Rawatan

         Terdapat dua jenis rawatan untuk merawat kucing yang telah dijangkiti kutu telinga. Rawatan luar (topical treatments) dan secara suntikan. Untuk rawatan luar guna lah larutan pembersih (cleaning solution) yang dibekalkan oleh vet anda. Tempoh rawatan bergantung kepada jenis ubat yang digunakan dari 10 hari hingga 3 minggu.

         Untuk rawatan secara suntikan, Ivermectin sering digunakan oleh vet kita untuk merawat kutu telinga kucing. Lazimnya ubat ini digunakan untuk merawat kutu telinga jenis Demodex Cati.

     Terdapat juga rawatan menggunakan ramuan sendiri di dapur (home remedy) dengan menggunakan minyak zaitun (olive oil). Tujuan minyak ini digunakan ialah untuk melemaskan parasit dan juga mencegah kutu memperolehi makanan dari tisu kulit kucing. Untuk kes yang lebih berat, campurkan 3 ulas bawang putih hancur ke dalam minyak zaitun dan rendam semalaman. Asingkan bawang sebelum sapu ke telinga kucing. Bawang putih dipercayai boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan telinga kucing.

      Amalan ini sering dilakukan oleh mereka yang percaya pada keajaiban alam semula jadi (nature). Tahukah anda kucing tertua di dunia bernama Spike, berusia 31 tahun panjang umur disebabkan pemiliknya, Mo Elkington memberi sedikit larutan lidah buaya (aloe vera) dalam makanannya? :)

Menurut pemilik blog meowmania, terdapat 3 cara untuk mengatasi masalah kutu pada kucing


1) Suntikan anti parasit. 
Suntikan diberikan mengikut dos yang ditetapkan. Perlu ulang rawatan selepas 12-14 hari.
*Kos - RM15-RM30

2) Spot-on-cat
Ubat ini dititik di kawasan tengkuk. Selepas 24 jam, ia akan meresap keseluruh bahagian kulit. Ia dapat membasmi ektoparasit dan boleh bertahan 4 hingga 6 minggu di bahagian kulit badan. Perlu ulang semula selepas jangkamasa tersebut untuk perlindungan seterusnya.
*Kos – RM55-RM60

3) Mandikan kucing secara berkala.
Mandikan kucing dengan air suam dan syampu yang bersesuaian seminggu sekali.
Kos – sangat murah! 


Diharapkan info yang dikongsikan kali ini dapat membantu pemilik2 kucing dalam menyelesaikan masalah kutu pada kucing.

Source: Dunialatitut, Meowwmania

23 November 2012 11:03 PG

Adik Boy


Inilah kucing kesayangan saya di kampung, Adik Boy. Sejak bertugas di Petaling Jaya, lama dah x jumpa dengan Adik Boy. Rindu pulak rasa dengan Adik Boy. Untuk pengetahuan korang, adik Boy ni kucing jantan dan bisu. Apa yang membuatkan Adik Boy istimewa berbanding kucing lain ialah adik Boy hanya suka pada orang lelaki dan x suka kepada orang perempuan. Kira macam kes kecelaruan jantina la ni.

p/s: saja tulis pasal adik boy sbb rindu kt dia

05 April 2012 4:44 PG

Abu Hurairah Bapa Kepada Kucing


 
Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.  Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing

04 Mac 2012 3:59 PG

Tanda-Tanda Kucing Demam / Sakit

 Suhu demam bagi seekor kucing dewasa adalah 38.5 darjah celsius manakala suhu demam bagi seekor anak kucing adalah 39.5 darjah celsius. Sekiranya kucing anda menunjukkan tanda-tanda seperti hilang selera makan mendadak, kelihatan monyok, mata berair, badan menjadi panas dan bulu kelihatan kering, tidur yang berlebihan serta tubuh kelihatan lemah menandakan kucing anda berada di dalam keadaan tidak sihat dan mempunyai masalah kesihatan.

Seperkara lagi jika kucing sudah mula menunjukkan kemalasan mendandan tidak berupaya menjilat bulu mereka, tentu sekali kucing anda tidak sihat, demam atau sakit. Bersegeralah membawa kucing anda untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan kesihatan di mana-mana veterinar bagi membolehkan kucing anda mendapatkan rawatan intensif segera.

21 Februari 2012 1:06 PG

Kenapa Kucing Makan Rumput?

Pernah tak korang nampak kucing makan rumput? Pernah terfikir tak sebab ape? Tidak dapat dipastikan secara saintifik kenapa kucing mempunyai tabiat menguyah rumput terpilih dan memuntahkannya semula. Bagaimanapun mengikut pengalaman pemelihara kucing, dengan mengunyah rumput-rumput terpilih dan memuntahkannya semula merupakan terapi semula jadi untuk kucing yang kecacingan, demam, sakit perut atau lebihan toksin dalam badan mereka.

Bahayanya membiarkan kucing peliharaan menguyah rumput liar ini adalah kerana dikhuatiri rumput tersebut dihinggapi parasit yang boleh mendatangkan kesan buruk pada perut kucing atau tekak kucing. Dibimbangi juga rumput liar tersebut telah dicemari dengan racun rumpai, kesannya kucing peliharaan anda akan keracunan dan seterusnya menyebabkan kematian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khidmat masyarakat

Blog Archive

Blogger Templates

thnx my visitors

page view