Mereka Menyayangi Kucing

Memaparkan catatan dengan label corat-coret. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label corat-coret. Papar semua catatan

12 Januari 2012 10:15 PTG

Mata Kucing Sahaja?

26 Disember 2011 4:18 PTG

Abu Yang Comel Dan Gemuk


Comel tak si Abu ni? Kucing bewarna kelabu dan berstokin putih ini adalah milik Suhaila Hassan. Sejak gambar Abu diupload di dalam group Kami Sayang Kucing, sebanyak 30 orang dah likes gambar tersebut. Ramai juga yang memberi respon positif terhadap si Abu ni. Ada yang nak pinjam bawak balik rumah la, ada yang suruh upload gambar close-up tapak kaki Abu la (sebab geram sangat tengok tapak kaki kucing ni, besar sangat).  Ramai jugak peminat si Abu ni ek. Lepas ni boleh la jadi Ikon kucing Malaysia pulak lepas ni yer Abu....:)

p/s: Dekat negara Jepun ada seekor kucing bernama MARU, dah jadi popular disana... Abu pun boleh popular jugak kot di Malaysia. Siapa yang rasa abu Comel, sila Likes Ok... Harap2 Abu dapat jadi popular macam Maru..

13 Disember 2011 7:46 PG

Hanis Zalikha Memang Comel Bila Sayang Kucing

Hi. Kali ni nak share gambar Hanis Zalikha bersama kucing-kucing kesayangannya.. Memang sweet bila nampak perempuan dukung kucing macam dukung anak sendiri... Sukenye saye !!!


 
Ok, korang boleh pergi ke blog Hamis Jalikha Hanis Zalikha di inibelogsaya.blogspot.com  untuk membaca blog awek cun ni, dan melihat gambar-gambar kucing kesayangannya.. Hanis, marry me please!!!

26 November 2011 8:07 PG

Kucing Sanggup Pijak Paku Untuk Jumpa Awek


Seekor kucing sanggup memijak paku yang dipasang pada pagar rumah untuk berjumpa dengan awek nya... wah macam kisah percintaan romeo dan juliet plak Sweet la kucing ni.. Paku tersebut dipasang  pada pagar untuk elakkan pencuri dari memanjat pagar, kira macam  anti-climbing devive la.. Sebab cinta, binatang pun sanggup buat apa sahaja yer... :)

P/s: gambar aku ambik kat cik google 

12 November 2011 9:29 PG

Kucing Hitam

Ini la kucing yang mak aku bela kat kampung. Nama dia Boy. Dia ni, akan datang setiap pagi untuk claim die punya breakfast. Lepas dapat makan terus hilang entah ke mana. Tak nak langsung lekat kat rumah.

Yang kat belakang tu pulak, nama dia hitam (dah warnenye pun hitam). Dia ni Mak kepada si Boy... Kadang-kadang dah macam kembar diorang ni.

03 Julai 2011 2:25 PG

Kucing Kesayangan Taylor Swift

Siapa yang tak kenal dengan Taylor Swift, si cantik manis yang berbakat besar. Memang sweet bila tengok taylor swift ni dukung kucing kan? Beruntung betul kucing tu yer.. mesti kucing jantan tu.. huhu.. Gambar ni aku search kat google image. Aku pun tak pasti sama ada Taylor Swift ni ada menternak kucing ke tak, tapi kalau tengok gaya memang macam dia bela sendiri kucing tu. Kalau tak, tak kan jinak macam tu kucing tu. Sayang jugak Taylor Swift dengan kucing ni. 

Ape agaknyer yang dibualkan oleh Taylor Swift dengan kucingnya itu.. Dua-dua pun sama sweet.
Amboi garangnye kucing putih nie..


Nie pulak sedutan dari youtube aksi Taylor Swift kena serang dengan kucing

P/s: Kan bagus kalau semua perempuan kat dunia ni sayang kucing macam Taylor Swift ni.

16 Mac 2011 10:31 PG

Kucing Berloceng Yang Baik Hati

Kling-kling, loceng berbunyi. Itu bunyi biasa yang akan aku dengar setiap kali aku berada di halaman rumah. Bunyi itu sebenarnya datangnya dari loceng kucing yang dipakai oleh Lola. Lola adalah kucing yang dibela oleh  jiran di hadapan rumah aku  (Cikgu Azmi). Menurut cerita tuannya, Lola dijumpai di sebuah kedai makan. Kerana kasihankan Lola, Cikgu Azmi telah membawa Lola pulang ke rumah. Apa yang menariknya, ketika Lola dijumpai, rantai berloceng berwarna merah yang dipakai oleh Lola memang sudah tersemat dilehernya. Ini menunjukkan Lola memang sudah mempunyai tuan sebelum ini. Mungkin Lola tersesat ketika merayau-rayau. (Tapi mustahil kucing boleh sesat kan).


Lola ni jarang  ada kawan. Bila aku buat kerja kat halaman rumah, mesti dia datang tengok aku buat kerja.
Lola ni kalau posing, memang susah nak pandang kamera. Jual mahal la katakan.
Buat ape tu Lola?
Rantai warna merah memang sesuai dengan Lola
Menyorok pulak die
Ni sibuk jer tengok orang baru beli pokok baru. Nak tolong tanam ke?

30 November 2010 8:03 PTG

Kisah Si Pecinta Merah

Yang sedang posing atas beg kaler merah jambu tu adalah si kelabu, kucing kesayangan roomate aku. Kelabu adalah kucing tidak bertuan yang terbiar di kawasan kolej kami. Selalu juga kelabu masuk ke dalam bilik kami untuk mintak makan. Kalau tak pun dia masuk, just untuk tidur atas katil Si Taufiq.

Minggu Study Week yang lepas rasa macam sedikit pelik bila kelabu, asyik tidur atas katil aku. Selalunya dia tak nak tidur atas katil aku, dia lagi suka bau katil Si Taufiq.

Suatu hari, aku balik study  , kira-kira dalam pukul 3 pagi, terkejut aku tengok Si Taufiq sedang lap lantai. Si Taufiq kata kat aku, yang  lantai kotor kena darah si kelabu. Rupa-rupanya si kelabu ada bengkak besar kat bawah dagu. Hari tu kira bengkak dia pecah la.  Patut la pelik jer perangai die sebelum ni. Habis berdarah lantai bilik aku, termasuk cadar katil aku jadi merah kene darah si kelabu. Tak tidur la aku time tu basuh cadar, kain pelekat semua, haha...

Lepas bengkak si kelabu tu pecah, nampak dia macam ceria sikit, selalu la main-main kat luar. Tapi dia dah jarang masuk bilik. Maybe sebab takut aku marah coz kes cadar aku yang jadi merah tu. Aku tak kesah pun sebenarnya.

Tapi yang paling best  bila roomate aku pergi basuh tangan kat sinki tak sampai 10 saat, ayam dalam pinggan hilang. Cari punya cari, si kelabu tengah kunyah ayam tu kat bawah katil. Haha, sabar je la Taufiq. Si Kelabu nak bermanja dengan kau tu.


Cuti semester ni, kelabu kena berdikari cari makan sendiri la. Entah dia ada lagi ke tidak bila aku balik sem depan  nanti. Kalau kampung  aku dekat dengan kolej aku, dah lama aku bawa dia balik sekali...

22 Julai 2010 7:32 PG

teNtang LioN


Bosan betul pagi ini menunggu jiranku Johan pulang dari berjogging, bukannya apa aku sebenarnya mahu tidur di katilnya yang bersepah tetapi sangat selesa untuk makhluk seperti aku. Peluang tersebut muncul jika pintu rumah itu dibuka oleh Johan yang selalu lalai dengan kehadiran aku. Lagipun Johan

jarang pulang untuk aku merasai nikmat tidur di atas katil yang bersepah seperti sarang ular sawa. Setiap kali pulang Johan pasti memeluk aku walaupun muka aku sangat hodoh, itu yang yang membuatkan aku selalu ke rumahnya, nasib baik Johan itu seorang jantan jika tidak sudah tentu aku menguratnya.

“Lion, lion!!! aaahhh!!! ibuku memanggil pula, aku berlari menyeberangi jalan pulang ke rumah aku, mesti ibuku sudah menyediakan makanan sedap yang dibeli untukku. Telahanku betul, aku makan dengan gelojohnya makan makanan tersebut sambil ibu mengusap-ngusap kepala aku. Dialah ibu aku semenjak ibu kandungku dimakan oleh makhluk bernama anjing sebelah rumah.

Dulu namaku kuning kerana badanku yang kuning, namun ia telah ditukar kepada lion kerana keberanian aku melawan anjing yang membunuh ibu kandungku. Tetapi ternyata makhluk tersebut sangat kuat berbanding aku yang masih kecil lantas aku tewas dan cedera parah. Ibu tidak putus-putus menangis melihatkan keadaan aku, aku dihantar berjumpa dengan doktor dan bomoh untuk menerima rawatan namun aku masih belum pulih.

Selama sebulan ibu sentiasa bersama aku sebelum pergi dan pulang menjual goreng pisang untuk mencari rezeki, ketika itu aku merasakan sangat sukar untuk menjamah makanan kerana tulang rahangku sudah rosak dan aku cuba boleh meminum susu. Sekarang aku sudah pulih, sihat dan kuat cuma mukaku sedikit hilang dan mata kananku telah tiada tetapi semua makhluk kucing di kawasan ini tunduk kepadaku!

dikirim dan diolah oleh >>>  maswafi

17 Julai 2010 9:01 PTG

Si Atan yang mencari kawan baru

Atan merupakan seekor kambing pintar dikampungnya.. Dek disebabkan kepintarannya, kambing-kambing yang lain telah memulaukan atan. Atan cuba untuk mencari kawan baru. Tiba-tiba, pada suatu hari atan terserempak dengan sekumpulan haiwan yang mempunyai ciri-ciri hampir sama dengannya. Ada 4 kaki, ada ekor dan berbulu. Atan beranggapan bahawa haiwan yang ditemuinya merupakan spesis yang sama dengan dirinya. Tetapi atan tersilap, haiwan yang ditemuinya itu bukanlah kambing, tetapi kucing. kucing-kucing tersebut tidak mempedulikan atan bukan kerana atan seekor kambing, tetapi kerana atan berbau busuk. Maklumlah, kambingkan takut kena air.

8:21 PTG

A story about 3 musketeer



















Tiga ekor anak kucing yang comel ini adalah milik Habsah Harun. Menurut  tuannya, sewaktu blog ini ditulis, usia anak-anak kucing ini baru berusia sebulan lebih. Berjalan pun masih menggigil lagi. Ibu kepada anak-anak kucing ini bernama Neng. Menurut cerita tuannya, Neng merupakan Kucing terbiar yang dibuang oleh orang. Jadi beliau dan keluarga pun mengambil Neng kerana kasihan dengan nasib kucing itu. Sungguh beruntung anak-anak kucing ini kerana dipelihara oleh keluarga yang berhati mulia. Diharapkan, anak-anak kucing ini akan dapat membesar dengan sihat dan ceria seterusnya menjadi 3 musketeer bagi melindungi keluaraga Habsah Harun. Insyaallah...........

9:43 PG

erti sebuah kehidupan bagi seekor kucing kecil

aku lihat, ramai manusia yang bersuka-ria disekeliling ku... mereka datang bersama keluarga mereka.. aku masih menunggu kepulangan ibuku yang telah hilang lebih seminggu. Kali terakhir aku melihat ibuku, adalah pada minggu lepas. Ketika itu, ibuku berpesan supaya menunggu kepulangannya kerana dia mahu pergi mencari tikus untuk dijadikan santapan kami. Hari demi hari berlalu, tapi ibuku masih belum pulang. Adakah sesuatu yang buruk telah berlaku kepadanya? aku sangat risau. Kini aku hanya bergantung kepada air longkang dan serangga-serangga kecil untuk mengalas perut yang lapar ini. Aku juga bergantung kepada belas ihsan manusia disekelilingku yang sering memberi kepala ikan kepadaku. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka. Ada juga manusia yang membenciku. Kadang-kala, aku disepak dan dicampak. Maklumlah, kulitku tidak secantik manusia, ditambah pula dengan kurap yang semakin merebak dibadanku.. Di tengah-tengah kesibukan ramai, tiba2 ada seorang gadis yang mengambil fotoku. Itulah dia Azizah Mahdi. Aku bersyukur kerana masih ada insan yang prihatin terhadapku.. Bagi haiwan sepertiku, aku tidak mengharapkan apa2 kerana aku tidak mempunyai akal sehebat manusia.. aku hanya berharap agar aku dapat bertemu kembali dengan ibuku, kerana aku sangat merinduinya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view