Mereka Menyayangi Kucing

16 Jun 2011 5:55 PG

Kucing Mangsa Panah Diselamatkan Dan Terus Hidup

 
GAMBAR menunjukkan sebilah anak panah menembusi kepala Brownie
BLOOMINGTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing di sini masih mampu hidup walaupun kepalanya ditembusi sebilah anak panah, lapor sebuah akhbar semalam. Seorang doktor haiwan di sini berjaya menyelamatkan nyawa Brownie yang berusia empat tahun apabila anak panah sepanjang 33 sentimeter di bahagian tengkorak itu dikeluarkan. Haiwan berkenaan dipercayai dipanah oleh individu yang tidak bertanggungjawab namun doktor haiwan tersebut percaya kucing itu selamat kerana ia baru kehilangan salah satu daripada sembilan nyawanya. - Agensi

12 Jun 2011 2:53 PG

Ummu Kittun Si Pecinta Kucing


HEZLIN di samping kucing Bengal peliharaannya

Pernah dengar nama Ummu Kittun? Sebenarnya Ummu Kittun adalah gelaran bagi seorang wanita berpurdah yang bernama Hezlin. Hezlin, 30-an, yang senang digelar Ummu Kittun (ibu kucing) itu memelihara kucing Bengal sejak enam tahun lalu.“Saya suka harimau. Nak bela harimau tidak boleh, jadi saya belalah benda yang menyerupai harimau tapi manja. Tiada apa yang perlu ditakutkan, kucing takkan jadi harimau!” ujarnya bernada jenaka ketika ditemui Jurnal di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Dia bermula dengan membela tiga pasang kucing Bengal yang dibeli dari Kanada, Amerika Syarikat (AS) dan Britain. Kini, dia juga merupakan pembiak (breeder) kucing Bengal Menurut wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang ini, kucing Bengal ialah kacukan antara kucing hutan atau Asian Leopard Cat (ALC) dengan kucing domestik (di luar negara) dan ada antaranya telah mencapai lima generasi.

HEZLIN menunjukkan buku rekod kesihatan kucing-kucingnya.

Hezlin yang juga merupakan pemilik kucing yang berdaftar dengan Pertubuhan Kucing Antarabangsa (TICA) akan memastikan kesihatan kucingnya diselia setiap minggu oleh doktor haiwan, Dr. Palanisamy Karuppanan bersama pegawai Jabatan Haiwan Negeri Kelantan.

Beliau meminati kucing Bengal disebabkan corak-corak yang ada pada badan haiwan itu selain mudah diurus kerana bulunya pendek. Hezlin yang merupakan peniaga kain secara dalam talian mengakui, dia lebih pentingkan kucing-kucingnya daripada dirinya sendiri. Banyak wang dilaburkan untuk kucing-kucing itu tapi dia memilih untuk merahsiakan angkanya.

SEBANYAK 50 ekor kucing Bengal ditempatkan di sebuah rumah kaca di luar kediaman Hezlin di Kota Bharu, Kelantan.

Hezlin juga mempunyai rumah kaca yang dinamakan Kittunkatz Bengals Cattery.  Ia lengkap dengan sistem pendingin hawa lima kuasa kuda, kipas serta sistem pencahayaan. Makanan kucing dipastikan yang terbaik. Dia juga mengupah seorang pembantu Indonesia yang kerjanya hanya menjaga kucing-kucingnya.

Ditanya apa yang hendak dilakukannya dengan kucing-kucing itu setelah ia semakin membesar, kata Hezlin, dia akan menjaganya sampai akhir hayat haiwan itu.  Tetapi dia tidak menolak untuk menjualnya jika menemui pembeli yang benar-benar diyakini mampu menjaga haiwan tersebut.

Beliau juga menasihati masyarakat negara ini agar lebih menyayangi haiwan. Masyarakat di luar negara sentiasa memerhati tindak-tanduk kita. Beliau juga menyarankan agar kerajaan sediakan perkhidmatan seperti pusat pemeriksaan kardiomiopati hipertrofi (HCM) untuk memastikan kucing kita mendapat rawatan yang berkualiti.


source: Kosmoonline


p/s: Bagusnye perempuan yang sayang kucing nie.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view