Mereka Menyayangi Kucing

19 September 2011 2:24 PG

Penderaan Kucing Di Pusat Jagaan Haiwan Petknode, Hukuman Yang Lebih Berat Perlu Dilaksanakan

Views


 Tempat tinggal  yang tidak kondusif boleh mendera fizikal dan psikologi haiwan peliharaan

Pasti ramai yang sudah tahu tentang  kes kejam dan penderaan kucing oleh PETKNODE, sebuah syarikat servis penjagaan haiwan yang sangat tidak bertanggungjawab! Segalanya bermula apabila sukarelawan dari ‘Kucing Terbiar & Anjing Jalanan (KTAJ)’ mendapati terdapatnya kekejaman berlaku terhadap haiwan yang ditinggalkan di pusat penjagaan haiwan PETKNODE. Mesej tersebut kemudiannya disebarkan di laman Facebook mereka, dan turut mendapat kerjasama badan sukarelawan lain seperti myanimalcare.


Sukarelawan KTAJ terpaksa memecah masuk kedalam premis yang didapati tiada penghuni itu untuk menyelamatkan kesemua kucing yang ditinggalkan tanpa pengawasan dan jagaan. Menurut maklumat, kira-kira 200 hingga 300 ekor kucing ditemui dalam premis tersebut.

Kesemua kucing yang ditemui, sebenarnya mempunyai pemiliknya sendiri, dan mereka meninggalkan kucing mereka dibawah penjagaan PETKNODE buat sementara waktu sahaja dengan bayaran yang telah ditetapkan. Kebanyakan kucing dihantar ke petknode pada musim perayaan hari raya Aidilifitri yang lepas. Beberapa pemilik yang ditemui sukarelawan, mengatakan bahawa kucing mereka amat sihat semasa diserahkan kepada PETKNODE. Berdasarkan maklumat yang dikirimkan, teramatlah sedih apabila sukarelawan turut menemui 16 ekor kucing yang telah tidak bernyawa, dan ada sepasang kucing ibu dan anak yang turut ditemui tidak bernyawa. Ada diselaputi dengan najis dan kencing sehingga   Air kencing boleh diperah dari bulu haiwan tersebut.



Sudah terang lagi bersuluh pusat peliharaan Petknode gagal memikul amanah yang telah diberikan malah mendera kucing-kucingdengan mengabaikan kebajikan haiwan tersebut. Hukuman yang berat mestilah dikenakan supaya menjadi pengajaran berguna untuk pemilik pusat peliharaan yang lain.


Kalau nak ikutkan peruntukan undang, Malaysia masih  rendah dari segi kadar saman, sepatutnya kena saman lebih sikilt la macam yang negara USA buat. Sampai RM350000 dan penjara 5 tahun. Biar orang tu insaf sikit.

6 Comments On "Penderaan Kucing Di Pusat Jagaan Haiwan Petknode, Hukuman Yang Lebih Berat Perlu Dilaksanakan"

Cik NeyNa Says:
19 September 2011 2:43 PG

kurung jer owner petknode tu..jangan bagi makan..biar diorang plak rasa apa yang "furbabies" nih rasa..perkataan maaf diorang dah tak laku dah skarang nih..

POSH76 Says:
19 September 2011 2:46 PG

mmg melampau jgn bagi CAN....hukum seberat2nye....

Ikah Says:
19 September 2011 8:36 PTG

takleh tengokkk..wat sakit hati ajerr...walau apapun, Allah maha adil kan kengkawan

Nur Misnan Says:
20 September 2011 7:09 PG

This is what Malaysia kena ubah
contoh kita lihat kes rogol bawah umur saja.. berapa tahun diorang kena penjara? begitu
juga hukuman siksaan haiwan ini juga.

I feel sorry to all kucin2 yang terbiar itu
terbiar kelaparan kehausan.. Happy ada
org perasan masalah firma ini.. thanks so much

Virusvadi Says:
28 September 2011 4:25 PG

Kalau korang nak jual atau beli haiwan peliharaan, layari Uniaga.com Pet Classifieds.

18 Mei 2015 8:39 PTG

pemilik petknode ni pergi bercuti jugak ke masa tu. ni mesti serahkan tugas pada pekerja yang tak jujur..yang tak sayangkan kucing pun sebenarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khidmat masyarakat

Blog Archive

Blogger Templates

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view