Mereka Menyayangi Kucing

10 Februari 2012 6:44 PG

Kucing Masuk Padang Bola Ketika Liverpool Vs Tottenham Hotspur

Views

Jurugambar merakamkan kehadiran seekor kuching di atas padang Anfield ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Liverpool dan Tottenham Hotspur semalam. 

LONDON - Kemunculan seekor kucing di tengah padang Anfield ketika Liverpool menentang Tottenham Hotspur yang berkesudahan seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana Inggeris semalam, menjadikan haiwan tersebut selebriti di internet.

Gelagat kucing tersebut menarik minat pelayar internet yang mencecah 17,368 orang yang mengikuti laman sosial Twitter, One, @AnfieldCat setelah rakaman video aksi kucing berkenaan disiarkan. Berita terbaru yang ditulis melalui laman sosial tersebut turut mengaitkan musuh ketat Liverpool, Everton dalam satu lawak jenaka iaitu: "Everton dikhabarkan berminat untuk menandatangani khidmat saya, Bill Kenwright (pengerusi Everton) perlu 'mencakar' untuk mendapatkan duit."

Peminat Liverpool, yang terkenal dengan sikap lucu mereka, menyanyi beramai-ramai dengan memasukkan perkataan kucing dalam nyanyian mereka iaitu "Seekor kucing, seekor kucing... seekor kucing, seekor kucing, seekor kucing ( A cat) dalam nada lagu Kop Battle Cry yang biasanya menggunakan perkataan "Serang... serang (Attack) Aksi kucing tersebut kelihatan cukup bersahaja dengan berlegar di tengah padang sebelum steward Anfield membawanya keluar.

source: utusan

2 Comments On "Kucing Masuk Padang Bola Ketika Liverpool Vs Tottenham Hotspur"

anis Says:
11 Februari 2012 pada 8:55 PG

cool btol kucing tu..dia pon nak men bola gak...ekeke

18 Mei 2015 pada 8:10 PTG

kucing ni antara haiwan yang boleh hilangkan stress dan boleh meredakan kemarahan seseorang. dia duduk kat depan pintu gol pun rasanya orang tak marah.hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view