
Tujuan utama weblog kami sayang kucing ini diterbitkan adalah bagi memupuk sikap sayang dan prihatin terhadap kucing yang merupakan haiwan kesayangan Rasulullah S.A.W. Di samping itu, saya ingin menyelitkan serba sedikit info dan ilmu tentang kucing. Post tentang info kucing yang agak menarik yang boleh dikongsi bersama dalam blog ini telah di kirim oleh saudara
maswafi yang juga merupakan pemegang ijazah sarjana muda sastera dari Universiti Malaya. Beliau telah menerangkan sejarah asal usul kucing secara terperinci yang bermula sejak zaman nabi Nuh. Saya juga ada menyelitkan gambar yang

diambil dari group
kami sayaNg kuciNg facebook . Saya berharap dengan penerbitan blog ini, kesedaran dan sikap prihatin masyarakat di Malaysia terhadap kucing, (terutamanya kucing yang terbiar dijalanan) akan bertambah baik. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada group members Kami sayaNg kuciNg yang sudi menyertai dan menyumbangkan foto-foto di group tersebut. Tidak lupa juga kepada saudara Iskandar Othman, Azrul Adnan, Mustaqem(Bad) dan admins kami sayang kucing yang telah banyak menyumbang idea bagi penghasilan blog ini. Jika anda mempunyai sebarang info atau kisah menarik tentang kucing untuk dikongsikan di dalam blog ini, sila emailkan kepada saya di,
ude_asian2000@yahoo.com atau
rafhan86@gmail.com. Semoga jasa baik tuan-tuan dan puan-puan yang menyayangi kucing akan mendapat balasan daripada Allah. Insyaallah....
0 Comments On "arigato hozaimasu !!!"
Catat Ulasan