Mereka Menyayangi Kucing
22 Julai 2010 7:32 PG
teNtang LioN
Views
Bosan betul pagi ini menunggu jiranku Johan pulang dari berjogging, bukannya apa aku sebenarnya mahu tidur di katilnya yang bersepah tetapi sangat selesa untuk makhluk seperti aku. Peluang tersebut muncul jika pintu rumah itu dibuka oleh Johan yang selalu lalai dengan kehadiran aku. Lagipun Johan
jarang pulang untuk aku merasai nikmat tidur di atas katil yang bersepah seperti sarang ular sawa. Setiap kali pulang Johan pasti memeluk aku walaupun muka aku sangat hodoh, itu yang yang membuatkan aku selalu ke rumahnya, nasib baik Johan itu seorang jantan jika tidak sudah tentu aku menguratnya.
“Lion, lion!!! aaahhh!!! ibuku memanggil pula, aku berlari menyeberangi jalan pulang ke rumah aku, mesti ibuku sudah menyediakan makanan sedap yang dibeli untukku. Telahanku betul, aku makan dengan gelojohnya makan makanan tersebut sambil ibu mengusap-ngusap kepala aku. Dialah ibu aku semenjak ibu kandungku dimakan oleh makhluk bernama anjing sebelah rumah.
Dulu namaku kuning kerana badanku yang kuning, namun ia telah ditukar kepada lion kerana keberanian aku melawan anjing yang membunuh ibu kandungku. Tetapi ternyata makhluk tersebut sangat kuat berbanding aku yang masih kecil lantas aku tewas dan cedera parah. Ibu tidak putus-putus menangis melihatkan keadaan aku, aku dihantar berjumpa dengan doktor dan bomoh untuk menerima rawatan namun aku masih belum pulih.
Selama sebulan ibu sentiasa bersama aku sebelum pergi dan pulang menjual goreng pisang untuk mencari rezeki, ketika itu aku merasakan sangat sukar untuk menjamah makanan kerana tulang rahangku sudah rosak dan aku cuba boleh meminum susu. Sekarang aku sudah pulih, sihat dan kuat cuma mukaku sedikit hilang dan mata kananku telah tiada tetapi semua makhluk kucing di kawasan ini tunduk kepadaku!
dikirim dan diolah oleh >>> maswafi
Langgan:
Catat Ulasan (RSS)
11 Comments On "teNtang LioN"
sy syg kucing2 ..
kucing pn makhluk Allah mcm kite
prlukan kasih syg :)
Owh shiannyeee diaaa...
huhuhu..cianya meooww tu..:(
alalala....cian dier...
kucing binatang kesayangn Rasulullah..
love catss so much:)
nice entry!
nangis saya tgk muka dia sbb teringatkan sema kucing-kucing saya yg dah mati.
maaf la klau aku ni muka je jntan tp trus trang aku cakap aku sdih sgt2 tgk kucing ni tp alhamdulillah dia msih idup n disayangi...
actually aku pn sedih.. maklumlah, rupa ganas, tapi dalam hati ada taman.. Cerita tentang lion ni, diolah berdasarkan kisah benar oleh en. maswafi..
I prnh ada kucing bernama Siti... dia kucing campuran.. badan dia besar sgt... dia bole lawan 3 ekor anjing utk mempertahankan anaknya... walaupon dia cedera agak parah ketika itu... tapi dia tetap mencakar muka anjing2 2 smpi kami smua tersedar baru kami smua tolong lestik anjing tu bertubi2...
sayangnya hayat Siti x lama, dia meninggal 5 thn lepas tu... sb keguguran... kata dr...
kesiannye dia. huhu
we found the winar!
kucing ni paling aku kagumi...!
hehehe...walaupon maknye da mati sebab anjing tapi he deserve get "LION" as his name sebab petahankan maknyeee
Respect...
kesiannya lion...
isk.. tak bolehlaa baca entry2 sedih camni..
mesti nak nangis...
hati tisu betul aku nie...
isk!
Catat Ulasan