Mereka Menyayangi Kucing

10 Oktober 2010 12:33 PG

Asal usul kucing

Views


Mengikut sumber-sumber Israiliyyat ia bermula semasa 3000 s.m sewaktu nabi Nuh bersama 83 pengikut yang beriman belayar menggunakan bahtera yang diperbuat daripada 4,340 papan dan 50 buah layar. Kapal tersebut mempunyai 7 tingkat di mana tingkat 1 untuk menyimpan barang pusaka nabi Adam, Hawa, nabi Syith dan nabi Idris. Tingkat ke 2 tempat nabi Nuh dan pengikutnya, tingkat ke 3 dikumpulkan segala jenis burung, tingkat ke 4 pelbagai jenis binatang jinak (berpasangan), tingkat ke 5 binatang liar (berpasangan), tingkat ke 6 ditempatkan segala jenis rumput-rumpai dan tingkat teratas (7) diletakkan benih-benih pokok dan biji-bijian.
Disebabkan pelayaran yang sangat lama iaitu selama

7 bulan akibat banjir besar, timbul masalah najis-najis yang tidak terkawal di dalam bahtera nabi Nuh. Nabi Nuh meminta pertolongan malaikat Jibrail untuk menyelesaikan masalah tersebut, dengan itu nabi Nuh diarahkan untuk menggosok belalai gajah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Apabila baginda melakukan perkara tersebut keluarlah beberapa ekor babi dari bebalai gajah yang akhirnya memakan segala najis di dalam bahtera tersebut.
Perbuatan itu dilihat oleh salah seorang pengikutnya (syaitan yang menyamar), lalu melakukan perkara yang serupa tetapi menggosok belakang babi maka dengan itu keluarlah beberapa ekor tikus yang memakan dan merosakkan dinding bahtera. Sekali lagi malaikat Jibrail membantu baginda menyelesaikan masalah tersebut, kali ini baginda diarahkan untuk menggosok belakang harimau dengan serta merta keluarlah beberapa ekor kucing yang akhirnya memakan tikus-tikus tersebut.
Bagaimana kucing tersebut sampai ke Tanah Melayu?
Mengikut sumber Sejarah Melayu (karangan Tun Sri Lanang Bendahara Kesultanan Johor abad ke 16) ia bermula apabila jumlah tikus yang sangat banyak di istana Melaka membuatkan keadaan tidak terkawal. Keadaan tikus di istana sangat berkurangan apabila saudagar dari Parsi (Iran) menghadiahkan Sultan Melaka beberapa ekor kucing. Kucing-kucing ini telah memakan tikus-tikus yang bermaharajalela kerana sifatnya memang dicipta untuk memakan tikus sejak 5 ribu tahun lalu. Kucing di istana Melaka inilah merupakan nenek moyang segala kucing yang ada di Tanah Melayu sekarang ini.
*Pengiraan Kalendar sebelum kelahiran Nabi Isa adalah disebut dengan panggilan ‘sebelum Masihi’. Perkataan ‘Masihi’ di sini adalah sempena gelaran al-Masih bagi Nabi Isa atau ringkasannya BC yang bermaksud ‘before Chirst’. Bagi tahun-tahun sebelum Masihi, kiraannya adalah terbalik berbanding zaman selepas Masihi. Selepas Masihi ditulis dengan singkatan AD yang berasal daripada perkataan Latin Anno Domini yang bermaksud tahun Masihi.
*ilustrasi di dalam post ini adalah ihsan google image & bukanlah gambaran sebenar. Sekadar hiasan.
Artikel dikirim dan diolah oleh : http://maswafi.blogspot.com/

0 Comments On "Asal usul kucing"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view