ALANNAH Merletto bersama Cain, anak kucing yang dipamnya ke dalam salur tandas
SYDNEY - Seekor anak kucing berusia dua hari di Australia diselamatkan lapan anggota bomba dalam operasi selama empat jam selepas pemiliknya, seorang budak perempuan memasukkan haiwan itu ke dalam tandas dan mengepamnya, lapor sebuah akhbar semalam.
Budak perempuan tersebut, Alannah Merleto, 3, gemar mengepam barang-barang ke dalam tandas.
Ibunya, Ammie bimbang nasib buruk menimpa anak kucing yang diberi nama Cain itu, selepas menanyakan kepada anaknya di mana haiwan tersebut berada.
"Di dalam tandas," jawab Alannah.
Kediaman mereka di sini kemudian menjadi tunggang-langgang selepas keluarga berkenaan bergegas mencari anak kucing itu baru-baru ini.
Mereka kemudian mendengar Cain mengiau dari dalam saluran paip tandas di bawah rumah.
"Saya cemas dan kami menghubungi pihak bomba," kata ibunya.
Pasukan bomba terpaksa meleraikan tandas itu dan memecahkan konkrit sebelum sampai ke saluran tandas di mana Cain terperangkap, seterusnya mengeluarkan anak kucing itu. - Agensi
source: kosmoonline
11 Comments On "4 jam selamatkan anak kucing"
baru baca kat kosmo ahad padi tadi, geram tol kat budak nih!
budak2, bukannye tahu ape..Harap2 lepas peristiwa ni, budak ni akan lebih care dgn kucing..
nakalnyeeee:D
senenye dowg nih geram ngn kucin n suke wat pelik2..huhu..dulu kecik2 pon geram ngn kucin pluk smpai nk nyawa2 ikan dah kucin tuh.nseb nenek nmpk..lau tak berdosa besa dah.haha
cumelnyeeee,,,
Hehehe apa punya budak lah ni...kalau anak aku comfirm kena makan pelempang....!!!
adoi budak sorang nie..kompem dia ada saket nie, klo x, dia xde wat camtu..
salaam. nak minta tolong.
ada stray cat yg beranak di rumah saya; 4 ekor anak kucing berwarna putih kesemuanya.
selama ni mak bapak saya yg bela, bagi makan dan tempat tidur sume. so skang ni mereka dah besar dan sihat. cuma hari ni jiran komplen, kata kucing2 ni bawak masalah. so diorang marah..
so mak bapak saya nak buang, tp tak sampai hati. skang ni tgh cari org/tempat yg sudi terima.
anda ada idea bagaimana nak selesaikan masalah ni..?
pertolongan/nasihat anda amat saya hargai. ;)
nasib baik meow tu x lemass..
uhhhh kesian
hukhuk T__T
mesti kucing tu trauma
catzrulez!
Catat Ulasan