Mereka Menyayangi Kucing

19 Oktober 2010 8:36 PTG

Kenapa Kau Potong Kaki Kucing Itu?

Views

Kenapa kau potong kaki  aku?
aku hanya mahu mengisi perutku yang lapar...
kenapa kau potong kaki aku?
aku juga mahu berjalan sepertimu...


adakah kau tidak berakal?
sedangkan kau sebaik kejadian....
adakah kau rasa angkuh?
hanya kerana kau manusia..


jika kau anggap kami hina,
carilah kisah anjing Ashabulkahfi....
namanya tercatit di Kalam Suci...
cari juga kisah pelacur dan anjing yang haus....
ada juga yang masuk neraka kerana kami...


tetapi tidak perlu risau,
kerana kita akan berjumpa lagi,
di mana makhluk sepertiku akan berkata-kata,
menuntut keadilan dari Allah yang esa....


P/S: saya dedikasikan puisi ini kepada 'Si Hero', kucing yang telah dipotong kakinya oleh manusia berjiwa haiwan..

4 Comments On "Kenapa Kau Potong Kaki Kucing Itu?"

m.q Says:
18 Oktober 2010 pada 6:34 PTG

sedehhh...

Takbir4948 Says:
21 Oktober 2010 pada 12:06 PTG

Cantik gambar kucing diatas tu...so commercial....

LadyBird Says:
23 Oktober 2010 pada 5:40 PG

sedih kan.. kucing yg x berdosa dipotong kakinya..

12 November 2010 pada 5:31 PG

maaf,nak betulkan sikit..
"manusia berjiwa syaitanirrojim"
sebab haiwan ada ati n perasaan sama mcm manusia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view