Mereka Menyayangi Kucing

06 Disember 2010 8:33 PTG

Kenapa Kucing Bermain ?

Views


Salah satu aspek yang paling menggembirakan mempunyai kucing sebagai binatang kesayangan ialah ketika melihat mereka bermain, terutamanya anak-anak kucing bermain sesama adik-beradik atau dengan ibu mereka. Apa yang dimaksudkan dengan 'permainan' anak-anak kucing sebenarnya merupakan satu aspek 'pembelajaran' yang terpenting bagi anak-anak kucing, biasanya dari ibu mereka.
Kebanyakan dari gerak-geri 'bermain' yang dilalui oleh anak-anak kucing samada secara naluri atau 'diajar' oleh ibu mereka. mengandungi pergerakan yang berkaitan dengan menangkap mangsa, melawan musuh atau menyelamatkan diri dari suatu situasi yang merbahaya. Gerak-geri yang dimaksudkan itu termasuklah perlawanan olok-olok, menggigit dan mencakar tanpa melukakan, menghambur, mengelak serangan lawan dan lari dari musuh.
Memang sungguh menakjubkan melihat anak-anak kucing bergilir-gilir memainkan peranan sebagai penyerang atau sebagai yang kena serang. Selain dari sebagai latihan jasmani yang menyeronokkan, 'permainan' juga membantu anak-anak kucing membina koordinasi otot dan kecekapan menyelamatkan diri mereka.
Source: The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara

6 Comments On "Kenapa Kucing Bermain ?"

zaL_cdpx Says:
6 Disember 2010 9:01 PTG

ewahhh !! smpai kesini tuan hamba mengkaji tntg kucing ye !
weeee

6 Disember 2010 9:01 PTG

ralit seronok riang hati bila tengok kucing bergurau bermain kan?
sayang kucing...w/pun tak dapat membela kucing di rumah

6 Disember 2010 11:08 PTG

sayangilah kucing2 di dunia... dye pun cam kita jgak nk disygi dan dimanja..hikhik..

meowwmania Says:
7 Disember 2010 4:28 PG

mmg leka kalau tgk dorang ni bermain, boleh tahan berejam-jam :)

m.q Says:
7 Disember 2010 5:57 PTG

suka tgk kucing gaduh gaduh
polok polok sesama mereka..cute..

Fyzal Says:
9 Disember 2010 4:57 PG

meow.. anak kucing mmg suka main2. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khidmat masyarakat

Blog Archive

Blogger Templates

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view