Mereka Menyayangi Kucing

03 Disember 2010 12:33 PG

Fungsi Mata Kucing

Views


Semua kucing dilahirkan buta. Mata anak kucing masih tertutup selama tujuh hingga sepuluh hari selepas dilahirkan. Pada mulanya retina matanya tidak langsung berkembang dan penglihatannya menjadi samar-samar. Seseekor anak kucing terpaksa belajar untuk mengenali, memahami bayang-bayang yang diterima retina matanya dan otak memproses isyarat yang diterimanya. Anak kucing tidak boleh melihat sejelas kucing dewasa selama tiga bulan. Selepas itu penglihatan matanya menjadi sangat penting bahkan menjadi deria terpenting bagi kucing.

Penglihatan mata kucing dianggap sebagai deria yang luar biasa. Matanya boleh melihat dengan jelas dalam lingkungan 287°. Dengan mobiliti kepala ianya boleh meneroka penglihatan yang jauh dan sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri. Penglihatannya mungkin tidak boleh ditumpukan dengan baik terhadap objek yang berhampiran, tetapi ianya boleh melihat dengan jelas dalam lingkungan jarak tujuh kaki.

Pada waktu siang penglihatannya sangat baik. Pada waktu malam dengan bantuan kesamaraan lampu jalanraya atau sinaran bulan, ianya boleh melihat dengan jelas.
Kucing lebih menggunakan deria penglihatan daripada deria penciuman ketika memburu. Ketajaman penglihatan mata ini secara spontan akan disesuaikan dengan keadaan pertukaran cahaya. Dalam keadaan cahaya terang anak mata akan mengecut menjadi kecil memanjang dan apabila keadaan bertukar menjadi gelap ianya akan terbuka luas bagi membolehkannya melihat dalam keadaan yang samar-samar.
Dalam cahaya kegelapan, mata kucing kelihatan bersinar dan keadaan ini menimbulkan sangkaan yang kucing boleh melihat dalam gelap. Tanggapan ini tidak tepat kerana yang sebenarnya mata kucing adalah seperti batu penanda jalanraya. Ianya boleh memantulkan balik sinaran yang mengenainya dan menjadikan matanya kelihatan hidup bercahaya.

Source: The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara

5 Comments On "Fungsi Mata Kucing"

meowwmania Says:
3 Disember 2010 pada 12:48 PG

info yang menarik!

tengs for sharing ;)

Ieda_ishida Says:
3 Disember 2010 pada 1:36 PG

nak pinjam mata kucing nie bleh x.. sbb mata xjelas 2 yang kena pkai spek 2..hahaha

3 Disember 2010 pada 2:26 PG

Mata kucing cantik sgtkan..
" dr kerana mata..."

Farah Deeb Says:
4 Disember 2010 pada 2:02 PG

Thx 4 d info! Dah pernah bela lebih 21 ekor kucing tp br tau, hahaaa...!!!

4 Disember 2010 pada 4:30 PG

mksdnya dalam gelap pun dia masih kesamaran la yea?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view