Kucing yang telah dibuang oleh tuannya dan yang hilang disebabkan oleh luka atau sakit dan juga meninggalkan tempat kediaman mereka dianggap sebagai sudah tidak bertuan. Kelaparan, kepenatan dan pergaduhan boleh menyebabkan seekor kucing itu hilang arah. Kucing yang bernasib baik dapat menemui jalan pulang selepas mendapat makanan dan berehat selama sehari atau dua hari.
Para pengkaji kucing tidak bertuan bersetuju bahawa umur kucing tidak bertuan yang berkeliaran di jalan hanya selama dua tahun. Jangkaan ini adalah benar kerana hanya kucing yang paling cerdik, terpantas dan licik dari spesies bandar sahaja yang kebiasaannya bergerak masuk ke dalam sesuatu koloni kucing. Kucing yang tidak bertuan yang tinggal di kota mempunyai lebih peluang untuk terus hidup daripada kucing di desa kerana di bandar terdapat banyak tempat untuk berlindung, makanannya banyak dan lebih ramai manusia yang bersimpati untuk mengambilnya.
Source: The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara
4 Comments On "Kucing Tidak Bertuan"
comel nye kucing tuuu... cian dye
alahai kesian bila tengok kucing tak bertuan ni
kalaulah akak boleh kucing...ermmmmmm ..... :(
agaknya kucing saya pun mcm tu kot. gaduh2 dan ilang arah.
saya rasa laa, secara semulajadi, kucing dia x hidup berkoloni , hidup berasingan. Sebab tu secara semulajadi bila kita bawa kucing baru ke rumah , kucing baru dan lama nie akan sembur meyembur antara satu sama lain.
Catat Ulasan