Mereka Menyayangi Kucing

16 Disember 2010 6:41 PG

Kucing Selamatkan Rumah Tuannya Daripada Terbakar

Views



Pepper Sedang Membuka Tingkap Di Dapur Tuannya

EXETER - Seekor kucing jantan bernama Pepper menjadi wira selepas ia menyelamatkan rumah tuannya daripada hangus terbakar, lapor sebuah akhbar semalam. Dalam kejadian pada Sabtu lepas, kucing berusia lima tahun itu membuka tingkap rumah tuannya, Phil dan Sharon White di daerah Devon, Britain dengan menggunakan kakinya.

Tindakan Pepper itu menyebabkan jiran-jirannya menghubungi pihak bomba selepas mereka melihat asap keluar dari tingkap itu. Akibat tindakan haiwan itu, asap tersebut keluar menerusi tingkap berkenaan.Asap itu berpunca daripada ketuhar  yang tidak ditutup menyebabkan ia  terbakar "Pepper keluar masuk melalui tingkap itu dengan sesuka hatinya," kata Sharon yang tiada di rumah kerana menghadiri parti berama suaminya semasa kejadian. 

Pasukan bomba bergegas ke rumah mereka yang bernilai £350,000 (RM1.7 juta) itu dan memadamkan kebakaran yang bermula di bahagian dapur sebelum ia merebak. – Agensi

Source: Kosmo

1 comments:

zaL_cdpx Says:
16 Disember 2010 pada 7:28 PG

bler kite jaga binatang dgn baiknye., insya allah.., dia pasti berbakti pd kita. weeee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view