Mereka Menyayangi Kucing

27 Disember 2010 1:05 PG

Tinsel Si Kucing kebal - Tidak Mati Walaupun di Tembak dan di Langgar

Views

Kucing betina yang bernama Tinsel diberi gelaran sebagai The Terminator kerana masih hidup walaupun telah ditembak dan dilanggar oleh sebuah kereta.

NEWCASTLE - Seekor kucing betina peiiharaan Tim Ganbie, 55, masih hidup walaupun ia ditembak dengan peluru penabur yang sesat dan dilanggar oleh sebuah kereta, lapor sebuah akhbar semalam. Kucing itu yang bernama Tinsel diberi nama jolokan The Terminator sempena dengan watak cyborg yang dipegang oleh Arnold Schwarzenegger dalam filem The Terminator. Haiwan tersebut ditembak dengan peluru penabur di luar rumahnya di Necastle-under-Lyme di Staffordshire, Britain.

Sebulan selepas doktor haiwan menyelamatkan nyawanya akibat kena tembak, kucing itu kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta. Ekoran kemalangan itu, plat logam diletakkan di bahagian pelvis kucing tersebut pada bulan lalu. Menurut Gamble, beberapa rakannya mencadangkan supaya dia menukar nama kucing itu kepada The Terminator kerana kemampuannya untuk selamat daripada serangan senjata dan kemalangan jalan raya. - Agensi

source : Kosmo
p/s: Bukti Kebesaran Allah s.w.t...

4 Comments On "Tinsel Si Kucing kebal - Tidak Mati Walaupun di Tembak dan di Langgar"

anis Says:
27 Disember 2010 3:21 PG

wah, hebat Tinsel..
Tinsel mcm mimo anis la..tp mimo penakut..hik3x..

grOundnUt Says:
27 Disember 2010 7:49 PG

hebatnye iaa...!!
Mari singgah jenguk kisah Eori kat sini...
http://groundnutsikacangtanah.blogspot.com/2010/12/eori-story-part-1.html

fathiah Says:
27 Disember 2010 8:20 PTG

wah.... terbaek la kucing ni.. betol3... kekuasaan Allah :)

comel Says:
4 Januari 2011 10:05 PTG

ada orang cakp kucin ada 9 nyawa
hehehe

just kidin...
nway, kuasa Allah
kun fayakun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

khidmat masyarakat

Blog Archive

Blogger Templates

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view