Mereka Menyayangi Kucing

06 Januari 2011 8:47 PTG

Orang Mesir Purba Sayang Kucing

Views

Kucing sphynx yang begitu sinonim dengan masyarakat  Mesir

Kucing dipercayai mula dijinakkan oleh masyarakat Mesir Purba kira-kira 3,000 SM. Pada ketika itu, Mesir adalah sebuah negara pengeluar bijirin yang terbesar dan kucing telah dapat mengawal bilangan dan serangan tikus ke atas bijirin tersebut yang disimpan di dalam gudang. Sumbangan kucing ini telah meletakkannya sebagai haiwan yang amat disayangi dan dihormati oleh masyarakat Mesir kuno. Herodotus (450 SM) pernah menulis, "Jika sesebuah rumah itu terbakar, barang pertama yang perlu diselamatkan adalah kucing".

Kematian kucing peliharaan keluarga adalah satu pengalaman yang amat menyiksa bagi seluruh keluarga. Mereka akan mencukur bulu kening mereka sebagai tanda berkabung, sehinggalah bulu kening itu timbul semula. Masyarakat Mesir Purba juga menyimpan kucing-kucing di kuil dan menganggapnya sebagai suci. Mereka akan memuja dan memberi persembahan kepada kucing-kucing tersebut. Jika kucing yang tinggal di kuil itu mati, maka seluruh bandar tersebut berkabung dan akan disertai dengan upacara pengkebumian yang besar dan diberi penghormatan sewajarnya. Kadangkala ia disimpan sebagai mummy. Pada pertengahan abad ke 19 sebanyak 300,000 mummy kucing seberat kira-kira 20 tan telah ditemui di Beni Hassan, Mesir.

Pada Zaman Purba, sesiapayang menemui kucing yang mati di jalanan terus menangis sekuat-kuatnya dan menepuk-nepuk dada sebagai tanda penyesalan, takut-takut dikata bertanggungjawab di atas kematian kucing tersebut, kerana pada masa itu sesiapa yang didapati bersalah membunuh kucing akan juga dihukum bunuh. Pada awal 3,000 SM masyarakat purba Mesir telah pun mempunyai dewi kucing dikenali sebagai Bastet yang melambangkan keibuan, kesuburan, pelindung tanaman dan pemberi hujan.

source: 
The Cat Museum,
Dewan Bandaraya Kuching Utara

1 comments:

grOundnUt Says:
7 Januari 2011 pada 1:57 PG

wahh...sampai macam tu sekali??
sib bek la kucing kacang yang sudah almarhum itu kacang tak cukur2 kening..ekekeke...^^'

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view