Mereka Menyayangi Kucing

05 April 2012 4:44 PG

Abu Hurairah Bapa Kepada Kucing

Views


 
Abu Hurairah..siapakah dia? Agak mustahil bagi kita untuk tidak mengenali insan ini... Abu Hurairah bermaksud Bapa Kepada Kucing.Abu Hurairah mendapat gelaran tesebut kerana beliau terlalu sayangkan dan menghormati haiwan peliharaan itu.  Rata-rata kita mengenali Abu Hurairah sebagai seorang Rawi Hadis yang terkenal. Dalam kesibukan beliau menyampaikan dakwah, mengahafaz hadis, tidak pernah sekalipun beliau mengabaikan sikap peramah beliau terhadap kucing.  

Abu Hurairah sentiasa menyayangi kucing. Pernah di rumahkannya kucing yang baru diperoleh di tepi jalan didalam lengan jubahnya, dan dibawanya kucing tersebut bersiar-siar sebelum dibawa pulang ke rumah. Seperti yang diperkatakan tadi, kucing adalah makhluk Allah dan mempun

Gelaran Abu Hurairah r.a. adalah kerana kegemarannya bermain dengan anak kucing. Diceritakan pada suatu masa ketika Abu Hurairah r.a. bertemu Rasullullah SAW, beliau ditanya oleh baginda apakah yang ada dalam lengan bajunya. Apabila dia menunjukkan anak kucing dalam lengan bajunya lantas dia digelar Abu Hurairah oleh Rasullullah SAW. Semenjak itu dia lebih suka dikenali dengan gelaran Abu Hurairah.   

Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr (nama sebenar Abu Hurairah) menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju ke Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.  Apabila sampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing kecil).

Gelaran bapa kucing tidak sedikit pun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing. Banyak hikmah dari riwayat hidup Abu Hurairah ini dan antaranya beliau telah mencontohi kepada kita betapa bagusnya dan satu amalan yang sangat disukai oleh nabi sendiri iaitu berbuat baik kepada kucing

6 Comments On "Abu Hurairah Bapa Kepada Kucing"

hamzah ian Says:
18 April 2012 pada 12:13 PG

kucing kan comel.. hehehe

aindzaya Says:
15 Mei 2012 pada 6:52 PTG

huehue. egtkan kucing gergasi tadi..ngee~

Azman Ali Says:
16 September 2012 pada 7:29 PTG

Maaf tuan rumah mengganggu. Ingin bagitahu yang kami ada menjual kucing jenis BLACKWOOD dengan harga berpatutan. Silalah melawat blog kami juka ada kelapangan. Terima Kasih.
Saya sudah link kan blog tuan/puan di blog saya
http://gombakblackwood.blogspot.com/

26 September 2012 pada 5:48 PG

it's really a fastidious for me to visit this site, it consists of valuable Information. i got something good to share..come visit me sometimes :D

17 Disember 2012 pada 4:53 PTG

Mohon share..assalamualaikum..

18 Mei 2015 pada 8:04 PTG

sebab itulah kucing ni dikatakan haiwan kesayangan nabi. sahabat nabi seperti abu hurairah pun sayangkan kucing dan nabi pun ada kucing kesayangan yang di beri nama muezza.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view