Mereka Menyayangi Kucing

24 Februari 2013 5:28 PG

Cara Mengubati Masalah Kutu Pada Kucing

Views


Adakah si comel anda mempunyai masalah kutu? Kutu telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit dan saluran dalam telinga kucing. Biasanya jenis Otodectes Cynotis dan Demodex Cati. Kutu ini hidup dengan memakan tisu kulit kucing. (sebab itu kucing menggaru!) Parasit akan merangkak jauh ke dalam telinga sicomel jika dibiarkan. Amat mudah berjangkit dengan binatang yang lain. Sekiranya tidak dirawat, kucing boleh dapat jangkitan telinga dan juga berkemungkinan akan pekak.

Tanda-tanda klinikal jangkitan kutu telinga

• kekerapan menggaru telinga;
• menggoyangkan kepala dengan kasar (violent head shaking);
• banyak tahi telinga yg mengering, berwarna kehitaman;
• Merah dan radang kulit berlaku di cuping telinga (bengkak)

Rawatan

         Terdapat dua jenis rawatan untuk merawat kucing yang telah dijangkiti kutu telinga. Rawatan luar (topical treatments) dan secara suntikan. Untuk rawatan luar guna lah larutan pembersih (cleaning solution) yang dibekalkan oleh vet anda. Tempoh rawatan bergantung kepada jenis ubat yang digunakan dari 10 hari hingga 3 minggu.

         Untuk rawatan secara suntikan, Ivermectin sering digunakan oleh vet kita untuk merawat kutu telinga kucing. Lazimnya ubat ini digunakan untuk merawat kutu telinga jenis Demodex Cati.

     Terdapat juga rawatan menggunakan ramuan sendiri di dapur (home remedy) dengan menggunakan minyak zaitun (olive oil). Tujuan minyak ini digunakan ialah untuk melemaskan parasit dan juga mencegah kutu memperolehi makanan dari tisu kulit kucing. Untuk kes yang lebih berat, campurkan 3 ulas bawang putih hancur ke dalam minyak zaitun dan rendam semalaman. Asingkan bawang sebelum sapu ke telinga kucing. Bawang putih dipercayai boleh menghapuskan bakteria yang menyebabkan jangkitan telinga kucing.

      Amalan ini sering dilakukan oleh mereka yang percaya pada keajaiban alam semula jadi (nature). Tahukah anda kucing tertua di dunia bernama Spike, berusia 31 tahun panjang umur disebabkan pemiliknya, Mo Elkington memberi sedikit larutan lidah buaya (aloe vera) dalam makanannya? :)

Menurut pemilik blog meowmania, terdapat 3 cara untuk mengatasi masalah kutu pada kucing


1) Suntikan anti parasit. 
Suntikan diberikan mengikut dos yang ditetapkan. Perlu ulang rawatan selepas 12-14 hari.
*Kos - RM15-RM30

2) Spot-on-cat
Ubat ini dititik di kawasan tengkuk. Selepas 24 jam, ia akan meresap keseluruh bahagian kulit. Ia dapat membasmi ektoparasit dan boleh bertahan 4 hingga 6 minggu di bahagian kulit badan. Perlu ulang semula selepas jangkamasa tersebut untuk perlindungan seterusnya.
*Kos – RM55-RM60

3) Mandikan kucing secara berkala.
Mandikan kucing dengan air suam dan syampu yang bersesuaian seminggu sekali.
Kos – sangat murah! 


Diharapkan info yang dikongsikan kali ini dapat membantu pemilik2 kucing dalam menyelesaikan masalah kutu pada kucing.

Source: Dunialatitut, Meowwmania

4 Comments On "Cara Mengubati Masalah Kutu Pada Kucing"

25 Mac 2013 pada 12:06 PG

hai..salam singgah..info yang menarik! jom tukar link..=)

Cikgu Gloria Says:
20 Oktober 2013 pada 6:06 PTG

Spot on cat tu bole letak pd kittens yg berusia 2 minggu ke? Berapa lama tempuh p'asingn drp ibu kucing? Yalah utk mgelakkn ibu kucing mgilat tengkuk anaknya....:-)

18 Mei 2015 pada 7:59 PTG

jangkitan kutumemang selalu jadi masalah pada kucing.sebab kucing selalu terdedah pada persekitaran luar. Kutu telinga kucing merupakan sejenis parasit halus yang tinggal di permukaan kulit dan saluran dalam telinga kucing

nice info.

Irwan shah Says:
26 Disember 2016 pada 11:27 PG

ada cara tak mcm mana nak tanggalkan kutu babi nie pd kelopak mata ? anak saya kena lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view