Mereka Menyayangi Kucing

20 Disember 2010 8:08 PTG

Kucing Mengundang (Maneki-Neko)

Views

Patung Maneki-Neko

Di negeri Jepun kucing maneki-neko atau kucing yang melambaikan undangan memang telah dikenali umum sebagai kucing bertuah. Orang ramai gemar memilikinya sebagai mascot, untuk memberikan tuah rezeki, membawa kebahagiaan dan kemakmuran dalam perniagaan. Patung-patung kucing betina ini mempunyai tiga warna dan duduk sambil mengangkatkan tapak kakinya ke telinga memberi isyarat mengundang seolah-olah mengucapkan selamat datang. Ungkapan kata di zaman silam mengatakan, "dengan isyarat undangan seekor kucing, akan menyusui pula undangan kemakmuran." Patung-patung kucing maneki-neko boleh ditemui di kedai-kedai khususnya di restoran-restoran dengan tanggapan untuk menarik pelanggan.

Kucing bertuah berwarna putih dinilai sebagai pembawa kebahagiaan. Kucing hitam kononnya boleh melindungi manusia dari penyakit. Kucing bertuah berwarna keemasan dianggap sebagai pembawa kekayaan. Kucing bertuah yang mengangkat tangan kirinya dianggap sebagai penarik pelanggan dalam perniagaan manakala yang mengangkat tangan kanannya pula sebagai pembawa kemakmuran.

Kisah kucing ini dikatakan bermula dari kisah seorang wanita terkenal di Yoshiwara. Menurut ceritanya kucing kesayangan beliau telah terbunuh semasa cuba memberi amaran kepada beliau akan seekor ular merbahaya. Beliau mempunyai sebuah patung kucing dari ukiran kayu dan ini dikatakan teiah menjadi azimat kepada beliau. Pada tapak tangan yang lain, kucing ini sering kelihatan memegang duit emas purba yang memberikan gambaran bahawa ianya membawa kekayaan kepada pemiliknya.

Memang telah menjadi ungkapan kata yang begitu lumrah di kebanyakan tempat di Timur, termasuk negeri China dan Jepun bahawa apabila seekor kucing mengangkat tangan ke telinganya bermakna tetamu terhormat akan datang.

Source : The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara

2 Comments On "Kucing Mengundang (Maneki-Neko)"

alina neko Says:
20 Disember 2010 pada 10:31 PTG

wah~ itu la selalu nmpak patung kucing cmni~ even my mum pun selalu seloroh ade org nak dtg bile kucing melambai2 kat pintu~ :)

UniMeOw Says:
24 Februari 2013 pada 5:54 PG

suka3..comey!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view