Kebiasaannya kucing menghabiskan dua pertiga daripada masanya seharian dengan tidur. Terdapat lima jenis tidur kucing yang berbeza iaitu tidur lelap,tidur 'diawang-awang' atau 'sensory drift’, tidur lena hinggalah kepada tiga kategori tidur nyenyak. Jenis tidur yang pertama merupakan satu fenomena biasa yang sering dipanggil 'tidur kucing' - satu istilah yang kerap digunakan untuk menjelaskan keadaan tidur seseorang.
Jangkamasa tidur seseekor kucing pada setiap hari adalah berubah-ubah dan ini bergantung kepada keadaan selera makannya yang memuaskan, daya rangsang seks, umur, dan keadaan musim. Anak kucing dan kucing tua tidur lebih lama dari kucing dewasa yang sihat. Kombinasi keselesaan dalam kehangatan, keselamatan dan perut kenyang boleh menjadikan kucing, tanpa mengira umurnya, mengantuk setiap jam pada tiap-tiap hari. Tempat yang paling ideal bagi kucing yang tinggal di rumah untuk tidur ialah di atas kerusi, katil ataupun dalam bakul timbunan kain tuannya atau di atas bendul tingkap. Kucing yang tidak bertuan lebih gemar tidur dalam kotak yang tidak berguna.
Semasa tidur kucing akan membuat berbagai pergerakan dengan menggunakan tapak dan misainya dan ini memberikan satu tanggapan yang ianya sedang enak dibuai mimpi. Penyakit tidak boleh tidur masih belum ditemui samada ianya berlaku di kalangan kucing. Ujian biasa yang dilakukan tetapi tidak boleh dipercayai menunjukkan bahawa sekiranya dihalang dari tidur selama seminggu kucing akan mati.
Kebanyakan aktiviti kucing lebih gemar dilakukan pada waktu malam dan ketika cuaca gelap, justeru itu waktu tidur mereka tidak sama dengan kita.
Source: The Cat Museum, Dewan Bandaraya Kuching Utara
3 Comments On "Kucing Tidur"
memang kucing sangat kuat tidur kan?
hehehehe comel je geram sesangat....
comel dier tue tido
kucing pun mimpi ye...
mimpi ape agaknye..
Catat Ulasan