Mereka Menyayangi Kucing

24 Mac 2011 7:03 PG

Kucing di TV3 Bersamamu; Berikan Aku Sebuah Kasih



Program TV3 bersamamu membuat kelainan dan kejutan apabila menyiarkan isu kucing-kucing terbiar di jalanan. Episod TV3 bersamamu;  “Berikan Aku Sebuah Kasih”  yang disiarkan pada malam rabu 23 Mac 2011 itu mendapat pujian ramai pihak terutamanya para pecinta haiwan. Malah ramai blogger  menyatakan rasa kagum dan terima kasih dengan sikap prihatin yang ditunjukkan oleh pihak TV3 bersamamu terhadap kucing-kucing terbiar ini.

Diharapkan program seperti ini dapat mendidik dan memberi  kesedaran kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak ( sebab fresh mind kan) dalam menjaga kebajikan haiwan terbiar. Menyebut tentang haiwan terbiar, baru-baru ini terdapat pengkritik yang memperlekehkan usaha sekumpulan animal lover yang cuba membantu kucing-kucing terbiar. Pengkritik tersebut mendakwa kumpulan animal lover tersebut cuba mencari publisiti murahan dan menunjuk-nunjuk kebaikan kerana mempublish segala usaha murni  mereka di blog-blog pecinta haiwan.

What the fuck?? Pengkritik tersebut tak layak digelar pengkritik. Pengkritik tersebut hanyalah mulut yang berbau longkang. Ingat lagi kisah perempuan yang masuk neraka kerana seekor kucing? Tak takut neraka ke sayang… Tolonglah jangan halang usaha murni orang lain. Pergi la buat kerja lain, main playstation ke, tengok TV ke, tolong jangan jadi pengacau yer sayang….

Oklah, malas nak membebel dengan kuantiti yang banyak. Aku tamatkan disini. Lagi banyak aku membebel, lagi banyak kata-kata kesat yang keluar nanti. Cukup, cukup!!!!!
Picture: Facebook KSK

21 Mac 2011 6:27 PG

Asal-Usul Kucing Sphynx

Kucing sphynx yang diberi nama Qabilah Osmond Naked

Asal-usul kucing sphynx dikatakan bermula di Ontario, Kanada pada tahun 1966 apabila kucing tempatan berbulu pendek yang mempunyai warna hitam dan putih bernama Elizabeth kepunyaan Micalwaith melahirkan seekor kucing jantan tanpa bulu bernama Prune.
Apabila Prune telah dewasa, ia dikacukkan pula dengan ibunya lalu terhasil kucing tanpa bulu malah, setengahnya diimport ke Eropah. Baka Sphynx pertama yang diimport adalah dari Kanada ke Belanda oleh seorang pembiak kucing, Hugo Herenandez yang memiliki kucing bernama Punkie dan Paloma. Dari masa ke semasa, pembiakan kucing itu semakin berkembang melalui proses mutasi dengan beberapa spesies kucing lain agar baka kucing tanpa bulu tidak pupus.

source: kosmoonline

20 Mac 2011 12:12 PG

Ekspresi Muka Dan Bahasa Tubuh Kucing

Ekspresi muka dan bahasa tubuh turut memainkan peranan penting dalam komunikasi haiwan comel ini. Mata hitam yang membesar menandakan ia dirangsang,samaada oleh perasaan marah, takut dan juga gembira. Renungan yang berterusan dengan mata hitam yang besar menandakan ia sedang mencabar lawannya atau bersedia untuk bergaduh. Renungan berterusan tetapi dengan mata hitam mengecil dan mata separuh terbuka
menandakan kucing anda sedang berasa selesa dan tenang. 

 Posisi telinga yang menghala ke belakang menandakan ia ketakutan dan juga tanda mempertahankan diri. Telinga yang menghala ke hadapan atau tegak menandakan ia yakin dan berani. Telinga yang menghala ke atas bermakna ia dalam keadaan ingin tahu. 

Kucing yang sedang bergaduh akan mengembangkan bulu dan membengkokkan belakang agar ia kelihatan lebih besar dari lawannya. Kucing yang menyerah kalah biasanya akan mengecilkan dirinya dengan berbaring dengan bahagian perut terdedah kepada lawan. Kucing yang berbaring dan membenarkan anda menggosok perutnya menandakan ia sangat percaya kepada anda, kerana perut adalah bahagian yang paling sensitif bagi kucing.

source:
Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok 
(DVM, UPM Serdang)
Institut Veterinar Malaysia, Kluang

18 Mac 2011 11:51 PTG

Komunikasi Kucing Melalui Sentuhan Dan Bau


Sentuhan dan bau juga memainkan peranan penting dalam komunikasi kucing dewasa. Jika anda perhatikan, dua ekor kucing yang dipelihara oleh seorang pemilik akan sentiasa tidur berhampiran satu sama lain. Ia juga menggeselkan muka dan pipi sesama sendiri apabila ia berjumpa. Oleh kerana kucing anda tidak dapat menggeselkan mukanya ke muka anda,ia akanmenggeselkan mukanya di kaki anda untuk bertukar bau atau scent. Kucing juga akan meninggalkan bau atau menanda kawasan melalui tapak kaki, mencakar atau menggeselkan badan kepada sesuatu objek.


source:
Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok 
(DVM, UPM Serdang)
Institut Veterinar Malaysia, Kluang
Picture: theonlyperception, chezzburger

12:45 PTG

Bagaimana Kucing Berkomunikasi ?


Walaupun kucing telah lama menjadi haiwan peliharaan manusia, ia tidak seperti anjing yang boleh dilatih agar patuh kepada arahan pemiliknya. Ini adalah kerana anjing telah terlebih dahulu dijinakkan dan dipelihara manusia berbanding kucing. Menghormati kawasan dan privasi kucing lain adalah prinsip utama dalam komuniti kucing. Mereka biasanya berkomunikasi menggunakan isyarat tertentu yang ketara atau tidak ketara pada pandangan manusia.  Isyarat – isyarat yang ketara ini biasanya dapat difahami oleh manusia yang telah lama memelihara kucing. 

Deria bau, sentuhan dan pendengaran memainkan peranan penting dalam komunikasi kucing. Ia membolehkan anak kucing yang baru lahir dengan mata bertutup untuk mengenali bau ibunya dan menuju ke arah ibunya untuk menyusu. Dengkuran ibunya yang lembut mengisyaratkan kepada anak– anak kucing bahawa ibu mereka berada berhampiran dan jika ia terlalu jauh dari ibunya, ibunya akan mengeluarkan bunyi halus supaya anak–anak kucing dapat mengetahui arah ibunya berada.

source:
Dr. Maizatul Azlina Binti Abd. Mulok 
(DVM, UPM Serdang)
Institut Veterinar Malaysia, Kluang

16 Mac 2011 10:31 PG

Kucing Berloceng Yang Baik Hati

Kling-kling, loceng berbunyi. Itu bunyi biasa yang akan aku dengar setiap kali aku berada di halaman rumah. Bunyi itu sebenarnya datangnya dari loceng kucing yang dipakai oleh Lola. Lola adalah kucing yang dibela oleh  jiran di hadapan rumah aku  (Cikgu Azmi). Menurut cerita tuannya, Lola dijumpai di sebuah kedai makan. Kerana kasihankan Lola, Cikgu Azmi telah membawa Lola pulang ke rumah. Apa yang menariknya, ketika Lola dijumpai, rantai berloceng berwarna merah yang dipakai oleh Lola memang sudah tersemat dilehernya. Ini menunjukkan Lola memang sudah mempunyai tuan sebelum ini. Mungkin Lola tersesat ketika merayau-rayau. (Tapi mustahil kucing boleh sesat kan).


Lola ni jarang  ada kawan. Bila aku buat kerja kat halaman rumah, mesti dia datang tengok aku buat kerja.
Lola ni kalau posing, memang susah nak pandang kamera. Jual mahal la katakan.
Buat ape tu Lola?
Rantai warna merah memang sesuai dengan Lola
Menyorok pulak die
Ni sibuk jer tengok orang baru beli pokok baru. Nak tolong tanam ke?

05 Mac 2011 8:24 PTG

Kucing Dengan Kalimah Allah

Si Emeng
Probolinggo -Seekor kucing betina yang diberi nama Emeng, yang baru berumur satu tahun mempunyai  keunikannya yang tersendiri. Di bulu sisi kanan bagian tengah badannya terdapat kalimah Allah dalam huruf Arab. Pemilik kucing, Adang Suryatna (55) memberitahu bahawa pada awalnya kucing ini dimiliki oleh kakaknya. Dia hanya mula memelihara Emeng pada usia 3 bulan.



Ketika berusia 8 bulan , putra Adang, Agung Wibawa Satria (14), menjumpai  sesuatu yang unik ditubuh emeng. Dia melihat tulisan Allah di kucing tersebut. "Saya dapati ternyata benar ada lafaz Allah,"ujar Adang saat ditemui wartawan di Bandung, 31 Mei 2010.


Adang  membawa kucing ini ke Cathy Petshop di Jalan A.H Nasution 147, Bandung. Ia meninggalkan sementara kepada pemilik petshop Agung Finandita untuk dirawat. Sebab, Emeng sedang bunting tiga minggu.  Bukan hanya tulisan 'Allah' yang membuat emeng unik, kucing itu juga rajin membangunkan Adang untuk Solat Subuh. Caranya, dia akan menjilat kaki dan muka majikannya.

"Setiap Subuh bawel membangunkan. Saya jadi terbiasa bangun pada pukul 5.30 pagi dan membuka kedai lebih awal," ujarnya. Berkat keunikan Emeng, Adang menerima banyak tawaran untuk menjual kucingnya. Tawaran tertinggi saat ini berasal dari Kalimantan sebanyak Rp 20 juta. "Saya tidak berniat menjual kucing ini kerana ia merupakan pemberian dari orang lain.


Kalimantan Timur - Seekor kucing berwarna coklat muda yang dipelihara oleh Sumadi juga mempunyai cerita yang hampir  sama. Kucing itu  tiba-tiba berada di atas pangkuannya ketika dia sedang berzikir selepas melaksanakan Solat Isya.



Sumadi menjelaskan semenjak adanya kucing ini banyak orang bertanya samada lafaz Allah yang terdapat pada badan kucing itu tersebut asli  atau tidak. Adang berani memastikan bahwa warna kucing tersebut asli dan bukan dibuat dari cat. "Ini memang warna asli genetik kucing, warna red blotched tabby," ujarnya. 


Kalimah Allah kelihatan jelas pada badan kucing tersebut

Sumber : vivanews, kucingkita

02 Mac 2011 9:00 PG

Kucing Duduk Semakin Popular


 PENYIARAN gambar yang menunjukkan seekor kucing sedang duduk kini menjadi trend dalam kalangan pengguna Internet

Bukan sahaja manusia memerlukan masa berehat dan untuk menenangkan fikiran tetapi kucing juga perlu melakukan perkara yang sama, lapor sebuah akhbar semalam. Kini terdapat trend dalam kalangan pengguna komputer di beberapa laman web, e-mel dan blog yang menyiarkan foto-foto kucing yang sedang duduk dengan gaya seperti seorang manusia sedang bersandar. Kucing sering kali dikaitkan dengan manusia sejak hampir 9,500 tahun lalu dan merupakan haiwan peliharaan manusia yang paling popular di dunia.
source: kosmoonline

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Minyak Herba Asma Mujarab

thnx my visitors

page view